Pelayan cabul nenek solat didenda
Lelaki mengaku picit punggung pesara guru di surau kena bayar RM2,000
KUALA LUMPUR: Seorang pelayan hotel didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini semalam selepas mengaku bersalah mencabul seorang warga tua yang sedang menunaikan solat di sebuah surau di Taman Nirwana, 19 April lalu.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Salahudin Hassan Sha, 23, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan empat bulan jika gagal membayar denda itu.
Salahudin dituduh mencabul pesara guru berusia 65 tahun dengan memicit punggung mangsa yang sedang solat Asar bersendirian di bilik sembahyang wanita di surau Taman Nirvana Ampang, jam 4.55 petang 19 April lalu.
Tertuduh dari Taman Ampang Hilir didakwa mengikut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.
Mengikut fakta kes, mangsa juga dicabul sehari sebelum itu ketika sedang solat Asar bersendirian di surau berkenaan dan kejadian sama berulang keesokannya pada waktu sama. Mangsa yang ketakutan, menjerit dan menceritakan kejadian itu kepada suaminya.
Sumber:BH ONLINE
N'N: Muda-mudi zaman sekarang begitu mudah mengikut jalan iblis.........
1 comment:
kalau tak ada wanita lain disitu, baik solat kat rumah saja lah makcikk
Post a Comment