Kerajaan tidak takut pandangan blog - Najib
KUALA LUMPUR 24 April - Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.
"Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita,” kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini hari ini.
Turut hadir penaung Blog House Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog House Malaysia Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
Najib berkata era ”kerajaan tahu semuanya” sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia. - Bernama
N'N:Sebenarnya kenyataan itu hanya untuk Blogger PRO UMNGOK...................
2 comments:
salam naim,saya percaya najib memang sayangkan blogger-blogger macam parpukari dan yang seangkatan dengannya
Salam ijoks,
Ya itu sememangnya benar, hanya blogger2 seperti kita yang akan disaman dan dipenjara dan tidak mustahil di ISA kan...................
Post a Comment