Bagaimana Najib dapat membuat kenyataan seperti ini, padahal ramai Ulama' mencela perbuatan Eskay yang mencemar nama baik Agama Islam. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10.
Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan.
Dimana perginya Ulama' yang sepatutnya menjadi penasihat kepada Najib???
Najib:Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat.
KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melakukan sumpah laknat berhubung video seks kontroversi, yang didakwa si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib (gambar) yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan.
Katanya, tidak kisah sama ada Shazryl atau Anwar mahu melakukan sumpah laknat kerana akhirnya publik akan menilai kejujuran individu terbabit.
“Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka. Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka,” katanya lagi.
“Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib juga mengkritik penyokong PKR yang cuba untuk mensabotaj langkah ahli perniagaan mahu melakukan sumpah laknat dan tidak menghormati kesucian tempat ibadat.
“Kita mesti menghormati kesucian masjid,” katanya yang turut mempertahankan akhbar-akhbar menyiarkan sedutan klip video seks itu.
“Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada kaitan dengan Umno,” katanya.
Petang tadi, Shazryl melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.
“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang di hadapan pembantu imam masjid itu Ezhan Mohd Piah.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.
Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.
Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.
Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.
Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:
“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”
“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.Sumber
1 comment:
Agaknnya menteri Ugama di JPM tu terlena kot. Atau khayal di buai mimpi indah. Yang bolih menyedarkan mereka rakyat saja. Rakyat harus bangun ubah pemerintahan putra jaya.
Post a Comment