Tuesday, April 19, 2011

Benarkah 4 Faktor Ini Yang Memenangkan BN Di Sarawak???

Empat faktor BN menang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 18 April — Kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lepas disebabkan empat faktor utama, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata faktor-faktor itu ialah : Kepercayaan rakyat Sarawak kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat menolak "temberang" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Faktor ketiga katanya, rakyat masih yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbanding calon Parti Keadilan Rakyat, Baru Bian, yang dinamakan oleh Anwar sebagai Ketua Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Sarawak.

''Faktor keempat ialah rakyat di Sarawak memilih pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN berbanding janji-janji tidak pasti daripada pembangkang,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Sumber

Sebenarnya faktor ini yang memenangkan BN di Sarawak:

1 comment:

Unknown said...

Politik wang,Fitnah dan salahguna jentera kerajaan ,tiga tu je penyebab kemenangan BN setiapkali pilihanraya.