Wednesday, April 13, 2011

13 Kelemahan BN di Belaga Sarawak.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir8nda0bkh3qSbh6MsRMB_4yGXVhWago7UTYbrRWTF7ICDJETII7QIUApC1PVfj3kuxUOaagpt40McwaXf80iGa_Xgv69q6LJVydIHHwi72Apx4YtkQ3E0tgnVNsgOKEa9nrY7wEe1c-VU/s400/310+Pekan+Belaga.jpg

1. BN Gagal Membebaskan Rakyat Belaga Dari Belenggu Kemiskinan.

Pendapatan perkapita 28000 penduduk Belaga adalah sekitar RM 7200 setahun atau bersamaan RM600 sebulan.Angka ini menunjukkan semua penduduk Belaga dikategorikan penduduk miskin. Tidak hairan kenapa banyak rumah PPRT dibina di Belaga.

2. BN Gagal Memberi Kerakyatan Kepada Penduduk Belaga.

Masih ada 6000 orang penduduk Belaga yang masih tidak memiliki kad pengenalan diri. Kebanyakan mereka ini kaum Penan dan penduduk Belaga yang tinggal jauh di hulu sungai

3. Taib Mahmud Berbohong Kepada Penduduk Belaga.

Dalam banyak-banyak pembohongan yang dilakukan Taib Mahmud,bohong yang paling besar adalah janji beliau memberi saham setiap syarikat balak dan kelapa sawit sebanyak 30% kepada penduduk Belaga.

4. BN Gagal Menyediakan Kemudahan Internet Di Belaga.

Kita golongan muda harus menolak BN di Belaga kerana mereka gagal untuk menyediakan kemudahan internet atau WIFI di kawasan Belaga. Kemudahan seperti ini adalah keperluasan asas dalam kehidupan moden hari ini.

5. YB BN Belaga Tidak Tinggal Di Belaga.

Kita tolak BN di Belaga kerana YBYB BN selama ini lebih selesa tinggal di bandar Kuching daripada tinggal di Belaga. Bila rakyat dalam kesusahan, sukar nak menghubungi YB. Inilah sikap YB BN yang tidak mesra rakyat.

6. YB BN Belaga tiada akaun FB, Twitter atau Blog.

YBYB BN dari dulu hingga kini langsung tidak mengupgredkan kemahiran ICT mereka. Kita sukar berhubung dan menyalurkan maklumat kepada YB. Kalau gitu janganlah guna gelaran “wakil rakyat”

7. BN Gagal Menyediakan Kemudahan Hospital Dan Doktor.

Setelah 48 tahun bertapak di Belaga, BN masih gagal untuk mendirikan hospital di Belaga. Bulan januari dulu ada buka sebuah poliklinik di Belaga. Namun sehingga kini masih gagal berfungsi kerana tidak cukup bekalan tenaga elektrik dan juga tiada doktor.

8. Akaun Tabung Amanah Bakun Mungkin Disalahgunakan.

Sejak penubuhannya pada 1.9.1996 sehingga kini, TAB gagal membentangkan penyata kira-kiranya kepada rakyat Belaga. Yang kita tahu mereka menyatakan duit dalam TAB sudah habis, jadi tak mampu memberi bantuan kepada pelajar. Bila PM Najib datang TAB dapat RM5 juta lagi. Betul ke pengurusan TAB ini??

9. TAB diterajui James Jemut Masing.

Tidak adakah orang kelahiran daerah Belaga yang berkelayakan sehinggakan kita serahkan pengurusan TAB kepada James Masing. Bolehkan saya dilantik untuk menguruskan Tabung Amanag Baleh pada masa depan??

10. BN Masih Berhutang Dengan Penduduk Bakun.

BN sehingga hari ini masih gagal membayar harga 15 buah rumah panjang penduduk Bakun yang berjumlah hampir RM100juta, ada ura-ura BN nak bayar menjelang pilihanraya kali ini. Kalau ada cepat-cepatlah bayar hutang. Barang harus diingat harus dibayar dengan bunganya sekali. Faedah 8% untuk satu tahun dan kalikan dengan 12 tahun.

11. BN Gagal Membela Institusi Ketua Kaum Di Belaga.

Gaji Ketua Kaum kita yang diberi kerajaan BN adalah amat tidak cukup, sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka amat berat. Tidak cukup dengan itu kerajaan BN juga telah merampas kuasa Ketua Kaum berkaitan pengesahan Hak Milik Tanah. Dibawah rejim BN. Ketua Kaum kita di Belaga tiada kuasa mengesahkan hak berkaitan pemilikan tanah NCR.

12. Gagal Memelihara Warisan Budaya.

Kubu pertahanan di Pekan Belaga telah dimusnahkan oleh kerajaan BN, begitu juga dengan salung/keliring yang terdapat di Belaga kebanyakannya telah dirampas dan dibawa lari ke kuching. Manakala salung-salung yang sedia ada sekarang langsung tidak dijaga dan dibaik pulih.

13. BN Tiada Pusat Khidmat ADUN/MP.

YB BN Belaga begitu tidak mesra rakyat. Ini terbukti dengan tiadanya pusat Khidmat Adun di Belaga dan Asap. Kalau adapun, bangunannya sahaja, kakitangan yang sepatutnya memberi khidmat kepada rakyat belaga-tiada.


Sumber

No comments: