Sunday, January 30, 2011

Terbuktilah Bahawa Kaum Cina Tidak Boleh Di Gula-Gulakan Dengan Tarian Separuh Bogel Ini....Tapi Hanya Melayu....

http://4.bp.blogspot.com/_l3xaHYhOpRc/TUVfqApMYoI/AAAAAAAAIZQ/2DQUISTT3sc/s1600/1mas1.jpg


Kalah di Felda tetapi peratusan meningkat di kawasan majoriti Cina sehingga 70 peratus. Harus meningkatkan strategi di kawasan yang kalah,

Walaupun membelanjakan berjuta-juta duit rakyat tetapi tidak mencapai majoriti yang mereka inginkan! PRU mereka tidak boleh buat macam sekarang, PRU target kita," tulis Khalid Samad di laman Twitternya.

Manakala ADUN Bukit Lanjan, Elizaberth Wong pula berkata, peratusan undi pengundi Cina semakin meningkat kepada Pakatan Rakyat.



LABIS 30 JAN : BN mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 3,707, sekaligus tidak berjaya mencapai target yang disasarkan.

Azhar Ibrahim memperoleh 6,699 undi mengalahkan calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Sementara itu undi pos juga memihak kepada BN dengan majoriti 112 undi dan 1 undi rosak.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Difahamkan, jumlah peratusan ini lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

Ia mungkin didorong oleh faktor banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Labis.

Beberapa jalan yang menghubungkan pusat pengundian tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Sementara itu, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat melalui Twitter masing-masing memberikan respon terhadap kemenangan BN di kuat parti itu.

" Walaupun membelanjakan berjuta-juta duit rakyat tetapi tidak mencapai majoriti yang mereka inginkan! PRU mereka tidak boleh buat macam sekarang, PRU target
kita," tulis Khalid Samad di laman Twitternya.

Manakala ADUN Bukit Lanjan, Elizaberth Wong pula berkata, peratusan undi pengundi Cina semakin meningkat kepada Pakatan Rakyat.

" Kalah di Felda tetapi peratusan meningkat di kawasan majoriti Cina sehingga 70 peratus. Harus meningkatkan strategi di kawasan yang kalah," tulis Eli.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

4 comments:

Mohamadazhan.com said...

org Melayu terpesona.hehe.rosak2

PAPA GOMO said...

harap bersabar......

apa cerita? kata Normala sudah jadi Duta KFC? he he he...

tu lah hangpa, sembah lagi Nik Ajis tu......

Hudud mana? Kat kelantan pun tak laksanakan....

Apa cerita??? Bila nak laksanakan???

Khak Ptuih

pis said...

kalau tak hujan majorti BN insyaallah > 5K.

Na'im Nikmat said...

Salam Sahabatku,
Nampaknya hanya org Melayu shj yng terus diperbodohkan UMNO, Sekampit beras,kain pelekat & RM itulah harga Orang Melayu...Yang untungnya hny masyarakat Cina kerana UBN akan berusaha sedaya upaya utk tarik undi mereka...Tapi Melayu cukup bodoh hny mahu gula2 semasa PRK shj dan akan terus diperbodohkan untuk tempoh yang lama lg...

Salam Papagomo,
Raja Fitnah bloggers UBN...terima kasih kerana sudi singgah dan beri satu dua kata yang agak bodoh... Mengapa saya kata bodoh kerana saudara langsung tidak tahu tentang Perlembagaan Negara...Mana mungkin Kerajaan Negeri boleh melaksanakan HUDUD tanpa Majoriti Di Parlimen...Adakah saudara memang tak tahu atau saudara hanya berlakon bodoh.............