Thursday, January 6, 2011

Jangan Terkejut Masjid UMNO Guna TV Untuk 'Azan'...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFsqqafW7Y_Wh_amErPDLDgFnvfQrwPPVu9cCA8yKHqm_3Lo87S2w5qW4MXceyVEbXbvtTOeBfHNwD_jLz6fOu4tn1S5AA_Vb3wo0XtvklkMj74N2CRda6Heu7d0a0ub5sz_3-swksT8Y/s1600/163754_175739792466509_100000914693051_385731_3791581_n.jpg




ISLAM HADHARI TERENGGANU BISTARI: Akibat Tiada Bilal Masjid Guna Televisyen Laungkan Azan.

Gara-gara bilal yang bersara tidak diganti sejak hampir tiga tahun lalu, Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai terpaksa menggunakan televisyen untuk memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat Fardu.

Pengerusi Masjid Jamek Chukai, Abdul Hamid Johari berkata, sejak seorang bilal masjid berkenaan bersara pada Jun 2008, seorang lagi bilal yang ada terpaksa bekerja 24 jam setiap hari.

Menurutnya, keadaan itu juga memaksa mereka meletakkan mikrofon pada televisyen ketika masuk waktu solat Fardu sekiranya bilal terbabit sakit atau berada di luar kawasan.

“Bagi mengatasi masalah ini jawatankuasa masjid terpaksa melantik dua bilal yang kita bayar gaji sendiri dengan wang hasil kutipan derma masjid.

“Keadaan ini agak membebankan dan apa yang kita kesalkan masalah ini berlarutan sehingga ke hari ini sedangkan pada 12 Januari 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri telah mengeluarkan arahan agar jawatan bilal yang kosong itu dipenuhkan segera selepas kita membuat permohonan demi permohonan,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan.

Menurutnya, masalah itu berterusan sehinggalah pada 29 Oktober 2009 apabila Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyatakan tidak dapat menyediakan calon dan meminta jawatankuasa masjid menyediakan calon bilal.

“Akur dengan permintaan itu kita memilih dan menghantar calon pada 20 Disember tahun sama dan pada September tahun lalu JHEAT hantar maklumat calon ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi tujuan lantikan secara kontrak.

"Namun, sehingga sekarang perkara ini rupanya masih tiada penghujung kerana walaupun masuk tahun baru kita masih belum menerima bilal baru,” katanya.

Abdul Hamid berkata, lebih menyedihkan dalam tempoh mereka memohon bilal baru, dua masjid lain yang baru sahaja membuat permohonan dibekalkan dengan imam dan bilal sedangkan masalah mereka seolah-olah tidak diberi perhatian sewajarnya.
Imbang Penuh
“Kami mengharapkan masalah ini tidak hanya dipandang sepi dan diharap proses kemasukan bilal baru dapat dipercepatkan kerana kami sudah terlalu lama menunggu,” katanya.SH

Sumber

N'N:Bolehkah alasan sedemikian diterima,adakah melaungkan 'Azan' hanya menjadi tanggungjawab Muazim. Tidak adakah jemaah2 lain yang tahu melaungkan Azan, adakah kejahilan ini dapat diterima selepas 50tahun UMNO berkuasa......

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Minta mana2 ahli qariah sukarela menjadi bilal. Jangan pula kerana tidak dilantik, maka semua tidak mahu menampilkan diri...

Anonymous said...

inilah yg berlaku bila pengerusi dan ajknya dari orang yg jahil, tak kan nak azan pun tak reti, tapi sanggup jadi pengerusi dan ajk.

malaysiandotcom said...

mohon link kan blog wa kat sini.blog tuan sudah wa link kat sini
http://malaysiandotcom.blogspot.com

Mohamadazhan.com said...

salam akhi, masalah ni tak patut timbul dalam umat islam. azan apabila dpt duit ja??

Unknown said...

Jemput baca N3 terbaru saya disini