Suami kepada wanita ini adalah Pemimpin kita...Tepuk dada tanya Iman.......
Islam juga yang mengajar bangsa Melayu bahawa manusia yang bernama Nabi Muhammad S.A.W yakni Rasulullah adalah manusia yang paling mulia dan paling sempurna dari segi apa pun. Boleh dikatakan bangsa Melayu mahu mengikut Sunnah Rasullah S.A.W dari hujung rambut hinga kehujung kaki dari segi penampilan dan menjadi sebaik-baik manusia dari segi akhlak.
Tapi kini mana perginya Melayu-melayu itu? Kemana hilangnya jati diri mereka? Adakah Melayu berubah mengikut zaman? Adakah setelah kejatuhan Empayar Islam maka Melayu juga jatuh dan terus hilang jati dirinya?
Sejak dari sekolah rendah lagi kita diajar bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu membuatkan kita sangat menghormati bangsa Melayu.
Cikgu dan Ustaz selalu berkata “ bertapa bertuahnya kita lahir didalam Islam” .
Tapi semakin aku membesar dan semakin aku mengenal bangsa Melayu semakin aku malu dengan bangsaku sendiri…
Bangsaku bukanlah sebaik-baik bangsa. Bangsaku kini penuh dengan noda dan dosa dapatku lihat dimerata-rata tempat. Aku malu dengan gelagat pemuda,pemudi dan orang-orang tua yang langsung tidak sedar diri…Mengaku Islam tapi tidak tahu apa-apa tentang Islam. Rukun Islam sendiri pun ditinggalkan namun masih ada hati mengaku Islam……Apakah bodoh bangsaku ini….Diberi kemulian lahir dalam Islam tapi mereka mensia-siakanya....
Aku semakin pelik apabila ada segelintir daripada bangsa Melayu itu yang sememangnya amat sayangkan Islam dan mahu menegakkan syiar Islam tapi mereka dipandang hina oleh golongan Melayu yang rosak itu. Melayu itu mengaku dirinya Islam walhal mereka semakin jauh meninggalkan Islam .
Aku masih lagi pelik apabila golongan Melayu itu mengatakan bahawa pemimpin mereka juga mahukan Islam dan sayangkan Islam….Tapi aku bukan bodoh seperti mereka. Mana mungkin orang Islam yang tahu syariat Islam kemudian percaya kepada pemimpin yang katanya mahukan Islam sedangkan isterinya tidak menutup aurat?
Orang Islam mana yang percaya pemimpinnya mahu melaksanakan Islam tapi pada masa yang sama pemimpinnya itu menghina Islam?
Klik gambar untuk besarkan
Orang bodoh mana yang sanggup melakukan perkara yang sangat memperbodohkan diri sendiri itu? Jawapannya sangat mudah
“itulah orang UMNO”
No comments:
Post a Comment