Saturday, December 18, 2010

Bloggers UBN Nak Rekrut Bloggers Baru. Apa Tunggu Lagi Bloggers PR???

Di petik dari blog "G.A.P" Gerakan Anti PKR:


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijBHczIbDbWqS_r8XFbZwCbZgoztXX9SzMhnSXAS8waTYiYytoSS4RUr0EmQX91_e0hcKW-iu-lvn8pi6rvKCt4mY9W-Ey9YVLFt2j_Sz0zwcNDea4JU2_nFSftn8k3gKkIu-_KkCTlK4-/s748/helang+70+(4).jpg

kepada bloger baru yang gap tertinggal untuk masukkan link dalam blog ini. sila letakkan komen di artikel ni ok. aku perlukan lebih ramai lagi penyerang2 untuk pru ke 13 ini..

kepada komentar hebat dan pembaca, jemputan ini gap tujukan kepada anda juga. jom jadi bloger.

N'N:Ini merupakan cabaran buat bloggers PR dan Penyokong PR....Kita juga perlukan Penyerang!!!!


INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno

Oleh: WFAUZDIN NS

INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dai berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu. Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.

Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang.

Sumber:wfauzdin.blogspot.com

2 comments:

Unknown said...

salam bro,

macam mana nak menyerang, bloggern elite mesra PR nak letak link blog marhaen macam kita ni pun liat, susah. Konon2 ingat blog diaorang ni dh eliten sangat. Aku dh tulis fasal hal ini dulu. Rujuk sini: http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/12/samanlah-jika-cerita-zina-adun-pas-ini.html

Na'im Nikmat said...

Salam kembali,

Hal yang saudara ketengahkan memang berlaku seolah-olah blog2 elite itu meyangka mereka blog2 marhaen seperti kita tidak layak berada dibloglist mereka......Yang peliknya bloggers otai UBN sibuk mencari perintis baru bg melansungkan perjuangan songsang mereka, namun dipihak kita blog2 marhaen seperti kita dipandang sepi........