Wednesday, August 4, 2010

Rakyat merana di ROGOL Pengusaha Pasir

Cerita ni bukan di Selangor, tapi di Negeri Sembilan. Utusan, TV3, SPRM ada minat untuk siasat dakwaan yang di buat oleh Blog yang membuat dakwaan ini ? Blog tersebut kata TERLALU BANYAK kes permit diluluskan atas kehendak political leaders walaupun pegawai-pegawai di Pejabat Tanah dan pegawai-pegawai JPS tidak menyokong permohonan permohonan itu atas sebab-sebab teknikal.

Blog tersebut juga mendakwa amalan biasa RASUAH dimana ianya membabitkan KETIRISAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI kerana SATU DOKET boleh diguna untuk 5-10 trip sesebuah lori pengangkut pasir itu . Satu lori mengikut saiz boleh membawa 8 meter padu pasir. Cubalah kira berapa banyak RM tidak masuk kedalam kantong kerajaan !!!!

Blog tersebut juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan deposit yang dipungut bagi satu satu permit pasir sungai hanya sebanyak RM 6,000.00 . Jumlah sebanyak itu tidak munasabah kerana kos kerja pemantapan semula tebing tebing yang runtuh jika menggunakan piling kayu bakau sahaja berlipat kali ganda dari jumlah yang dipungut itu.

Blog tadi juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan, pihak jabatan telah berkali-kali mengsyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar deposit dinaikkan kejumlah yang munasabah khabarnya sebanyak RM 45,000.00. Cadangan pihak JPS ini ditolak setiap kali dikemukakan atas alasan yang tidak dijelaskan.

Blog tadi mendakwa HAMPIR TIDAK ADA PENYELIAAN & KAWALAN oleh kedua-dua agensi yang dipertanggungjawabkan baik Pejabat Tanah mahupun Jabatan Parit & Saliran. Pegawai teknikal dari JPS ada yang tidak tahu dimanakah kegiatan perlombongan sah dilakukan. Apatah lagi perlombongan haram. Kerana apa? Kerana seperti yang disebutkan diatas......FED UP.

Malas nak cakap lagi. Bacalah sendiri dakwaan tersebut di Blog berikut http://gemasindah.blogspot.com/2010/08/pengusaha-pasir-yang-berkaitan.html


UTUSAN , TV3, TV1 , SPRM JANGAN BUAT BUTA, TULI DAN PEKAK DALAM KES PERLOMBONGAN PASIR DI NEGERI SEMBILAN. SILA SIASAT DAKWAAN BLOG TERSEBUT !!!!

Sumber

1 comment:

Tengku Cik Tengku Jamil said...

den suka dengar komen begitu, sebabnya bila berlaku di selangor, bukan main galak lagi anjing-anjing wartawan TV3, RTM dan utusan menyalak, tapi bila kena negeri BN mereka sonyap jo. atau buat-buat tak nampak. negeri sembilan pun dokek selangor, pasir banyak, projek korek pasir dan angkut pasir pun banyak, tengoklah konon JPJ dan polis memantau lori bawa tanah dan pasir di negeri lain, tapi NS bagaimana? ketirisan ini memang agenda lama dalam BN, lagi lama memerintah lagi penuhlah takungan yang menadah ketirisan itu.