Wednesday, July 7, 2010

Macam2 Bala Zaman Pemerintahan Najib : Pelajar Sekolah Jadi Pelacur

Apa dah nak jadi zaman najib penjenayah ni..benda-benda yang terfikir di akal, berlaku. Kali ini media melaporkan bahawa pelajar sekolah menengah dilacurkan oleh satu sindiket. Inilah bala akibat UMNO menolak islam dan mengambil kafir sebagai akidah mereka. Perniagaan tertua dunia, pelacuran seolah-olah menjadi satu barah kronik buat rakyat Malaysia hari ini.

Pelajar Sekolah Dilacurkan

SALAH satu lorong belakang sebuah rumah kedai yang menjadi lokasi pelacuran di Jalan Tun Ali, Melaka.

MELAKA - Banyak sindiket pelacuran yang dibongkar oleh polis lazimnya melibatkan wanita warga China, Thailand dan Filipina tetapi di negeri ini lain pula ceritanya apabila pihak berkuasa menumpaskan sindiket persundalan membabitkan pelajar sekolah menengah.

Difahamkan, pelacur muda berusia belasan tahun tersebut dipaksa melayan sekurang-kurangnya seorang lelaki sehari dengan bayaran antara RM60 dan RM80.

Ketiga-tiga pelacur berkenaan merupakan remaja yang lari dari rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal bersama seorang ibu ayam di sebuah rumah di Duyong di sini.

Dua daripada mereka tidak lagi menghadirkan diri ke sekolah manakala seorang lagi telah berhenti belajar beberapa tahun lalu.

Sejak beroperasi dua bulan lalu, mereka dipercayai telah melayan tidak kurang 130 lelaki.

Bagaimanapun, kelicikan sindiket itu tiba ke penghujungnya kelmarin apabila polis negeri ini menahan tiga pelacur berkenaan, seorang ibu ayam dan dua pembantunya yang mana salah seorang daripada mereka merupakan anggota tentera berusia dalam lingkungan 20-an.

Peranan anggota tentera tersebut ialah membantu ibu ayam berkenaan mencari pelanggan dan menghantar pelacur-pelacur itu ke dua buah hotel murah di Jalan Tun Ali di sini untuk melakukan hubungan seks.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 3 petang di sebuah rumah di Duyong di sini selepas polis mendapat maklumat daripada seorang remaja yang mendakwa dipaksa oleh ibu ayam itu untuk melacur.Sumber

No comments: