Friday, July 9, 2010

Hebat:Walaupun Berdepan Kesukaran Mendapatkan Peralatan dan Kurangnya Dana, Mahasiswa Palestin Berjaya Mencipta Kereta Tenaga Suria


Meskipun adanya kesukaran mendapatkan peralatan dan kurangnya dana, pasukan mahasiswa Palestin telah berhasil membuat kereta satu penumpang yang bergerak menggunakan tenaga suria.

Mahasiswa teknik Universiti Politeknik Palestin di Tebing Barat kota al-Khalil (Hebron) merancang kenderaan tenaga suria tersebut sebagai projek kampus mereka.

Kerata itu membawa ratusan panel fotovoltaik yang mengubah tenaga solar matahari menjadi elektrik untuk memberi tenaga ke bateri.

Menggunakan 12 bateri, sebesar 24 volt - kereta tenaga suria yang mirip golf cart - dapat mencapai kelajuan maksimum 30 km / jam (18 mph). Bateri kereta mampu bertahan selama 100 minit. Bateri dapat dicaj semula dengan elektrik rumah, saat tidak ada sinar matahari.

sumber

No comments: