Thursday, July 1, 2010

Apa Maksud Sinar Harian Tulis Kenyataan Mengatakan Kelantan Tidak Sekat Arak Kepada Orang Islam Tetapi Tetap Tidak Membenarkan Orang Islam Minum Arak

Kelantan lulus lesen arak, tegah judi

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengakui Kerajaan Negeri mengeluarkan lesen minuman keras kepada premis perniagaan untuk menjual minuman keras kepada golongan bukan Islam di negeri ini.

Nik Abdul Aziz berkata, lesen penjualan arak itu diluluskan kepada mereka yang bukan beragama Islam tetapi Kerajaan Negeri tidak meluluskan lesen perjudian.

Beliau bagaimanapun: tidak pasti berapa jumlah lesen yang sudah dikeluarkan.

“Memang lesen arak dikeluarkan, tetapi kami tidak mengeluarkan lesen judi, penjualan arak dibenarkan kepada bukan Islam jadi kita nak sekat macam mana. Dia nak minum. Minumlah. Kalau mabuk dia punya fasal. Tetapi kita tak sekat arak kepada orang Islam.

“Mengenai 40 lesen itu saya tidak pasti, tetapi kita memang beri lesen untuk menjual arak. Saya beri kebenaran kepada bukan Islam nak minum, minumlah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan majlis mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ketika perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) baru-baru ini mendakwa kerajaan negeri Kelantan meluluskan 40 lesen penjualan minuman keras di negeri ini.

“Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu.

"Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian, kerana judi diharamkan oleh semua agama,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang mahu Kerajaan Negeri membuktikan tidak mengeluarkan lesen judi dan arak di negeri itu.

Sumber

Kenyataan Sinar Harian ini agak mengelirukan.........Lihat kedua-dua tulisan berwarna merah kenyataannya bercanggah........Apa maksud Sinar Harian sebenarnya????

No comments: