Dengan pendapatan antara RM450 hingga RM1000 sebulan di zaman serba mahal ini, mereka sebenarnya berada dalam dilema antara mahu mendidik anak bangsa mereka dengan ilmu agama dengan keperluan asas kehidupan mereka sendiri.
Dilema ini berlaku di seluruh negara. Mungkin berbeza dengan Kelantan kerana di sana ada badan khas iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menjaga kebajikan dan menguruskan kepentingan mereka.
Di Pulau Pinang, masalah ini terbiar sejak dahulu seolah-olah mereka boleh hidup pagi, petang dan malam dengan membaca ayat suci Al Quran sahaja.
Namun, amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul untuk mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak di teruskan walau dengan gaji yang tidak seberapa.
Tinjauan Harakahdaily ke Sekolah Agama Madrasah Nahdatul Islah, Kubang Semang, Bukit Mertajam baru-baru ini untuk melihat dari dekat masalah ini mengejutkan pihak kami.
Guru-guru di sini hanya menerima gaji RM450 sebulan dari Jakim di samping tambahan tidak sampai RM100 dari pihak sekolah hasil dari yuran pelajar di situ.
Sekolah ini mempunyai hampir 100 orang pelajar berusia antara enam hingga dua belas tahun.
Mereka ditempatkan di enam buah kelas dengan pengawasan daripada lapan orang guru yang kebanyakannya mempunyai diploma dalam pelbagai bidang pendidikan agama.
Kelas bermula pada sesi petang antara jam 2.30 hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Antara penekanan mata pelajaran yang diberikan ialah al Quran, tauhid, fekah dan jawi. Kelas ini juga dikenali sebagai kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain.
Ustazah Nurulhuda Ismail (gambar) yang mempunyai Diploma Syariah memperolehi pendapatan sebanyak RM 450 setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan sumbangan berdasarkan kepada jumlah pelajar yang membayar yuran setiap bulan.
"Setiap bulan saya mampu mendapat sebanyak RM90 daripada pihak sekolah bagi jumlah pelajar yang belajar dalam kelas yang saya ajar."
Sementara itu Ustazah Mahfuzah Yusof yang mengajar KAFA selama 5 tahun di sekolah ini berkata, beliau memperolehi pendapatan daripada Jakim sebanyak RM450 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM70 setiap bulan.
"Jumlah yang sekolah berikan kepada saya setiap bulan adalah tidak tetap namun begitu jumlah yang saya terima sebanyak RM70 ini adalah yang paling banyak. Ini berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sekolah ini," kata Mahfuzah menceritakan nasibnya kepada Harakahdaily.
Ustazah Zahrah Zakaria yang telah mengajar sejak tahun 1993 lagi hanya memperolehi sebanyak RM300 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM80 bergantung kepada jumlah pelajar yang ada.
"Dulu saya hanya mendapat sebanyak RM280 sahaja daripada pihak kerajaan. Tapi kini mendapat RM300. Namun begitu ini adalah khidmat saya kepada pihak sekolah yang begitu memerlukan tenaga pengajar dalam bidang agama.
"Dengan jumlah yang dibayar oleh pihak kerajaan, ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan jumlah masa, pelajar dan komitmen yang diberikan oleh para guru bagi mendidik anak-anak,"katanya.
Ustaz Muhammad Najib Muhammed Khalid (gambar kiri) yang mengajar sejak tahun 2005 menyatakan beliau hanya mendapat sebanyak RM160 sebulan sebelum tahun 2009 dari pihak kerajaan.
"Pada bulan oktober 2009 sahaja saya mendapat kenaikan dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan sehinggalah tahun 2010. Manakala pihak sekolah pula menyumbangkan sebanyak RM100 sebulan.
"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan kami para guru KAFA supaya jumlah elaun yang diberikan kepada semua guru-guru KAFA dikaji semula dan diberi ganjaran yang setimpal bersesuaian dengan kos sara hidup pada waktu kini,"katanya.
Guru Besarnya, Ustaz Suhaimi Harun pula berkata setiap pelajar akan dikenakan yuran sebanyak RM10 setiap orang. Manakala sumbangan yang diterima dari pihak kerajaan adalah tidak tetap kerana ia berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sesebuah sekolah.
"Pada tahun 2008 pihak sekolah menerima sebanyak RM3425 setahun dari pihak kerajaan negeri untuk pengurusan dan pembayaran kepada guru. Manakala pada tahun 2010 pula kita menerima sebanyak RM3450 yang mana jumlah ini juga adalah untuk gaji 7 orang guru dan pengurusan.
"Cuba kita darab dan bahagikan jumlah ini untuk setahun. Jumlah yang diterima amat sedikit.Sedangkan para guru perlu mengajar setiap hari walaupun hanya 3 jam yang diuntukkan oleh mereka," kata Ustaz Suhaimi kepada Harakahdaily.
(Gambar: Ustaz Suhaimi, guru besar sekolah berdiri di depan bangunan baru sekolahnya.)
Bagi beliau, komitmen para guru sangat hargai kerana walaupun mendapat jumlah pendapatan yang tidak menentu dan sedikit mereka tetap komited untuk memberi didikan agama kepada anak-anak yang semakin meningkat.
Walaupun sedar mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mereka sendiri tetapi kesungguhan untuk memberikan didikan agama yang sesuai untuk anak-anak tidak pernah mereka ketepikan.
Tambahan lagi sejak kebelakangan ini kehendak dan minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama semakin tinggi.
Untuk itu, pihak sekolah telah merancang untuk membuat bangunan tambaha bagi menampung keperluan tersebut.
Untuk memenuhinya, mereka membuat permohonan ke merata tempat bagi menampung keperluan itu.
Sekolah ini masih lagi memerlukan sumbangan bagi membantu membangunkan sebuah bangunan baru untuk menempatkan hampir 100 pelajar yang sedang belajar di sini.
(Gambar: Masjid Lama Kubang Seman ini masih digunakan untuk kelas KAFA)
"Bangunan baru tiga tingkat bagi mendirikan sekolah ini sedang dalam proses pembinaan. Ia memerlukan sumbangan sebanyak RM130,000 yang masih kurang walaupun kita telah berjaya memperolehi sebanyak RM300,000.
"Oleh kerana itu sekiranya ada masyarakat yang ingin menyumbangkan bantuan, sumbangan wakaf atau infaq kepada pihak sekolah boleh memasukkan terus sumbangan mereka melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad, bernombor, 07016010051720,"tambah Ustaz Suhaimi lagi.
N'N:Untuk pengetahuan semua Dr.Mahathir dan kroni2nyalah insan yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada S.A.R dan sehingga kini S.A.R masih tidak mendapat bantuan kerajaan pusat UBN/APCO..................
1 comment:
Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.
Post a Comment