Thursday, June 10, 2010

Jawapan untuk soalan seorang BLOGGER ASOBIYAH PRO UMNO & KETUANAN MELAYU............

Anonymous Anonymous said...

Salam Ziarah.... Nak tanya ni. Andainya PR dapat menang dlm PR13 nanti, pasti hari ini sudah ada kebinet bayangan. Siapakah bakal menjadi PM nanti? Apabila PR menang, pasti banyak minta dari setiap parti gabungan dalam PR. Apa yang menakutkan ialah apabila DAP meminta dipinda Perlembagaan Persekutuan terutama yang menyentuh dan melenyapan KETUANAN MELAYU keatas negara ini.

10 June 2010 06:12

Delete
Blogger Na'im Nikmat said...

Ini jawapan untuk soalan saudara:

Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu UMNO akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam.

Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu UMNO akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.

Tetapi orang Melayu UMNO tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah PM Melayu yakni Dr.Mahathir....

Orang Melayu UMNO tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu UMNO diam sahaja dan mereka boleh terima.

Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu UMNO merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.

Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.


Sudahkah saudara bayangkan?

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

terbaik lah jawapan, berfalsafah :)

Unknown said...

Mmg mantap jawapan tu.
Nak tambah sikit,Bayangkan pula jika Anwar berjaya merampas tahta Mahathir semasa era Reformasi dulu ,kemudian Anwar akan memberikan segala kontrak-kontrak besar termasuk kontrak rahsia PDRM kepada APCO syarikat yahudi ,

Pasti semua orang umno kecik besar,tua muda ,miskin kaya akan menyumpah seranah Anwar dengan menuduh anwar agen yahudi dan bersetongkol dengan musuh Islam .

Tapi bila Najib yang buat begitu semuanya diam membisu.

merbok said...

terima kasih.. mudah-mudahan sapa yg baca jawapan tu akan segera insaf