Bercakap ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat malam tadi, Pas hanya membunuh diri sendiri jika ia mengkhianati amanah rakyat berbilang bangsa dan bersekutu dengan Umno-Barisan Nasional yang beliau sifatkan sebagai gagasan yang menentang nilai-nilai Islam.
Ucapan Nik Aziz dijangka menjadi panduan kepada halatuju muktamar ketiga-tiga dewan utama Parti Islam SeMalaysia hari ini, dan dikatakan bakal mempengaruhi sentimen 1,000 perwakilan di muktamar utama 11 Jun depan.
Nik Aziz dalam amanatnya menggesa ketiga-tiga dewan fokus kepada merangka strategi menawan 110 kerusi Parlimen majoriti penganut Islam dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Parti Islam SeMalaysia bagaimanapun diingatkan bahawa ia tidak akan kekal relevan jika ia mengabaikan denyut nadi masyarakat bukan Islam.
"Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,"
"Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia - tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata,"
Bagi tokoh politik veteran ini, kesinambungan hayat Pas sebagai pemangkin perjuangan para anbiya terjamin jika ia memperkukuh perikatan sedia-ada dalam Pakatan Rakyat.
Pas digesa supaya lebih berani bergerak dalam arus kepelbagaian, sepertimana wajah Islam sebenar yang menolak garis perkauman dalam menilai keperibadian individu.
Dihadapan ribuan yang hadir malam tadi, Nik Aziz menegaskan tanpa Islam, Pas hanyalah jasad yang besar tanpa roh.
"Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam,"
"Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara,"
Nik Aziz memberi perhatian khususnya kerana peranan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda dan menyarankan kedua sayap ini merencana strategi menarik sokongan wanita dan golongan muda kepada Pas, menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Beliau menyorot perhatian akar umbi bahawa tren para pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini secara keseluruhan menolak Barisan Nasional.
"Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno,"
"Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri,"
Nik Aziz sekali lagi mengingatkan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda bahawa slogan Ketuanan Melayu menanam rasa cemas, takut dan dendam dalam jiwa anak-anak bukan Islam. Jika perasaan negatif ini disemai secara berterusan, maka permusuhan akan sentiasa menghantui rakyat Malaysia.
"Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,"
"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam,
TVSelangor
2 comments:
Salam Ziarah.... Nak tanya ni. Andainya PR dapat menang dlm PR13 nanti, pasti hari ini sudah ada kebinet bayangan. Siapakah bakal menjadi PM nanti? Apabila PR menang, pasti banyak minta dari setiap parti gabungan dalam PR. Apa yang menakutkan ialah apabila DAP meminta dipinda Perlembagaan Persekutuan terutama yang menyentuh dan melenyapan KETUANAN MELAYU keatas negara ini.
Ini jawapan untuk soalan saudara:
Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu UMNO akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam.
Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu UMNO akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu UMNO tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah PM Melayu yakni Dr.Mahathir....
Orang Melayu UMNO tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu UMNO diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu UMNO merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.
Sudahkan saudara bayangkan?
Post a Comment