Saturday, May 22, 2010

UMNO sebenarnya telah sekian lama berkecimpung dalam kegiatan perjudian seawal tahun 1951 dan PAS Tertubuh Untuk Mencegah Kemungkaran UMNO.....

UMNO sebenarnya telah sekian lama berkecimpung dalam kegiatan perjudian seawal tahun 1951.

Mungkin ramai dari kita yang masih tidak tahu bahawa UMNO pernah menjadi penganjur judi loteri, fun fair dan kaberat.Para Ulama' ketika itu menentang sekeras-kerasnya kemungkaran yang telah UMNO lakukan.

Pada ketika itu tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol, menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada ketika itu, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO. Atas sebab-sebab itu para Ulama' yang menganggotai UMNO telah membuat keputusan untuk menubuhkan persatuan Ulama' yang bebas daripada UMNO.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam.

PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Selanjutnya...

2 comments:

PAScacamarba said...

" Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, 19 November 1992.
-sampai sekarang ada jual lagi ni kat kelantan,pe tunggu lagi,JOM DEMO:)

Mohamadazhan.com said...

salam ziarah akhi

pejuang dahulu terutamanya ulama mmg hebat berjuang menegakkan Islam demi mencapai kemerdekaan negara ketika itu.

UMNO tertubuh atas dasar yang salah, akan wujud tindakan juga semuanya sonsang dan salah dan seterusnya akan hancur dalam keadaan hina dikellingi kejahatan yang tidak terhitung byknya..