Terdapat beberapa teori mengapa bloggers UMNGOK ini cukup suka menggunakan 'Anonymous'(Tanpa Nama) bila memberi komen. Antara teorinya ialah:
1.Mereka ini sebenarnya langsung tiada fakta yang mendukung komen2 mereka jadi mereka cukup selesa sekadar 'Baling Batu Sembunyi Tangan' apabila mengutarakan sesuatu komen...
2.Mereka ini sebenarnya tahu mereka dipihak yang salah tapi mereka sekadar ingin memberi persepsi untuk memburuk2kan bloggers PR kononnya mereka mewakili rakyat Malaysia tapi hakikatnya kita tahu mereka adalah bloggers UMNGOK....
3.Mereka malu untuk mengaku sebagai penyokong UBN kerana tahu UBN parti politik yang paling haprak di Malaysia...
4.Ini teori yang sangat releven yakni mereka sebenarnya takut untuk berdebat atau berwacana kerana tahu mereka tidak mampu menangkis hujah2 bloggers PR yang manthop lagi releven(Ini bukan angkat bakul tapi kenyataan,memang bloggers PR berblog menggunakan fakta bukan fitnah seperti bloggers UMNGOK)
5.Mereka sebenarnya bloggers yang diupah oleh UBN/APCO....
Itu adalah antara teori2 aku..mungkin kalian ada teori yang lain...Sebenarnya aku tak kisah kalau ada diantara pemberi komen memberi komen sebagai 'Anonymous' sebab setiap komen akan ditapis dahulu tetapi sebagai seorang bloggers kalau kita berani memberi pendapat maka kita mestilah berani mempertahankan pendapat kita itu bukan...Jadi janganlah kita menjadi pengecut yang 'Baling Batu Sembunyi Tangan'....
7 comments:
setuju & publishkn saja komen mereka supaya semua org tau thp merapu merabannya
Betul biar orang nilai sendiri fakta2 meraka yang bersifat fitnah,perkauman dan seangkatan dengannya......
Salam,
maaf saya sebagai pemerhati tidak setuju dengan pendapat anda.Dengan kata2 anda yg menghina sesama islam,memberikan gelaran yg tidak elok kepada parti yg anda tidak suka,adakah anda merasakan diri telah dimaksumkan?Adakah anda merasakan andalah pejuang islam yg sejati?Anda dengan fatwa tuk guru anda(pada anda la,bukan saya) maka segala kata kesat dan caci maki pada mereka yg anda kata kurang islamnya.Jika keimanan tersemai sebati dijiwa,tidak akan ada kata2 yg menikam sesama saudara.Muhasabahlah diri,kata anda juga berbaur dan menabur fitnah dan perkauman juga.
-wassalam-
Salam Akhi Fauzi,
Nampaknya akhi hanya melihat dan mencari kesalahan dipihak saya tapi akhi gagal melihat kelemahan dipihak akhi sendiri..Berikan saya dalil bahawa judi itu halal,kerana pimpinan UBN telah menghalalkan JUDI yang terang2 telah termaktub didlm Al-Quran pengharamannya..Mengapa tiba2 akhi jd bisu..............
Salam,
sudah saya katakan saya hanya pemerhati dan bukan menyokong parti.Ini bukan tentang mencari kesalahan dan kelemahan.Pada saya UMNOke PASke PKRke itu tak menjadi masalah,yg ramai di dalam orang kita(tapi yg bodohnya,org kita ni mmg suka mengata sesama sendiri,tuduh sesama sendiri,hancurkan sesama sendiri).Ini adalah tentang prinsip saudara yg seolah2 menentang sesama sendiri dgn kata2 penghinaan dan kecaman seolah puak saudara lah yg bermartabat tinggi.Seperti statement saudara di atas,adakah pernah saudara tujukan kepada PAS kedah kenapa toto,magnum dan macam2 lagi judi masih diberi lesen?pernahkah anda bertanya?PKR Selangor anda dah tanya?kalau tentang penjualan arak,dikelantan dan dimana2 PR memerintah pun masih berleluasa.Adakah dengan keluarnya fatwa guru anda maka segalanya dibolehkan belaka?yg sebut HALAL tu anta bukan ana.Jadi apa sebenarnya yg saudara perjuangkan?kalau UMNGOK(yg selalu saudara laung2kan)dah buruk di mata pihak anda,adakah saudara merasakan anda lah dipihak yg benar? agama dan politik mmg tak boleh dipisahkan,cuma masalahnya anda mempolitikkan agama bukan berpolitik berlandaskan agama.Renunglah,fikirlah,bukan tugas saya untuk mencari kesilapan dan kelemahan kerana saya juga makhlukNya.Sampai saat sudah pasti pergi.Bila sebut fakta tu ada 2,1 benar dan 1 lagi salah.
-wassalam-
Salam ya Fauzi,
Sebenar anda tidak tahu perihal politik..Tahukah anda siapa yang mentadbir Selangor dan Kedah sebelum ini..dan tahukah anda siapa yang meluluskan lesen JUDI dan penjualan Arak diseluruh Malaysia...Jawapannya mudah sekali...Jawapannya ada didalam soalan sy ini:
1.Parti Politik Manakah Yang Mempunyai Majoriti Dlm Membuat Keputusan Menghalalkan Perjudian dan Penjualan Arak?
2.Apakah Agama Mereka?
Jawapannya ialah UMNO dan agama mereka Islam....
Siapa yang memilih mereka?
Jawapannya:
Orang Melayu Islam Yang Buta Hati.........
salam,
saya rasa saudara yg tidak tahu politik.Bukankah kerajaan negeri kedah adalah PAS?mungkin mata saudara terbuka tapi hati tertutup:)..mmg dulu BN pegang,tapi sekarangkan PAS yg pegang,sementara Selangor pula PKR.Bukankah bidang kuasa negeri dibawah takluk kerajaan negeri bukan kerajaan pusat.Anda sebagai kerajaan negeri sekarang,apa yg anda buat?Apa guna memegang kuasa andai tak dapat mengubah,kerajaan negeri dulu tak betul,rakyat pilih yg baru,tapi apa jawab dia?'KITA TAK BOLEH BUAT APA2,TU SEMUA YG DULU BUAT,JADI TERPAKSA KITA TERUSKAN',camtuke?yg Kelantan pulak bukan main lama pegang tapi arak pun masih dijual..oh ye saya lupa,guru anda pun dah declare dalam perlembagaan PAs takdepun nak tubuh negara Islam:)Inilah masalah anda,bila org lain memegang kuasa,anda kata banyak keburukan,bila anda dah pegang kuasa,anda bukannya ubah tapi menyalahkan org dulu tapi cukai arak ngan judi anda ambil.Fikirkanlah,saya tahu saudara mesti mencari usaha utk menidakkan kata saya walaupun saudara tahu akan kebenarannya.
Jgn taksub tak bertempat,kenyataan biar berfakta.Walaupun pahit tapi tahu apa yg nak ditegakkan.Sesungguhnya kebenaran adalah pahit.
Post a Comment