Monday, May 10, 2010

PRK SIBU : SENTIMEN AGAMA MULA DIMAINKAN UBN/APCO.....

"Pilihanraya,baik umum atau kecil,umpama menjadi medan parti2 politik di Malaysia menunjukkan kelebihan masing-masing;dan pada masa sama,memburukkan parti lawan bagi menaikkan reputasi sendiri.Pilihanraya kecil Sibu yang masih dianggap "suam-suam kuku" mula menunjukkan kerancakan berkempen parti-parti yang bertanding.

Usaha untuk menimbulkan provokasi,sentimen dan polemik sudahpun berjalan.Dan terbaru,isu kempen pemimpin PAS dalam seminar gereja mula dilaporkan secara besar-besaran dalam media.Nah,gendang tarian lawan sudah dipalu,dan adakah kita Pas mhu mengikut sama rentaknya?

Dipetik oleh sebuah web bahasa inggeris,Sarawakupdate,"Pas leaders promote church seminar to canvass vote in Sibu" melaporkan beberapa orang pemimpin Pas iaitu Khalid Samad,Aiman Athirah dan Mariah Mahmud telah mengajak orang ramai di Gereja Sibu Sacred Heart ke sebuah seminar gereja di Hotel Paramount. Mengulas mengenai perkara tersebut,Khalid Samad mengatakan bahawa Pas terbuka dalam soal kebebasan beragama.

Dan saya yakin,isu ini akan mula dimainkan oleh bloggers dan orang Umno dalam menghentam Pas dalam isu ini seperti yang berlaku dalam isu kalimah Allah sedikit masa lalu.Khalid yang dilabel sebagai penyokong Islam Liberal pastinya akan menerima pelbagai cemuhan dan pastinya akan ada komentar yang berbunyi "Pas telah terpesong dari perjuangan Islamnya". dan begitulah isu ini ditimbulkan,tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menarik Pakatan Rakyat terjebak dalam sentimen agama ini.

Mengapa saya berkata demikian?sila rujuk artikel disini

Dalam tulisan yang ditulis oleh Herman Samsudeen,beliau memetik laporan akhbar The Sunday Post yang berbunyi "PM to lead Tua Pek Kong procession" atau dalam bahasa melayunya PM akan mengetuai perarakan Tua Pek Kong".

Persoalannya,apakah persamaan seminar gereja dengan perarakan Buddha tersebut?Ianya tidak lain tidak bukan sebenarnya adalah jerat yang menunggu kita.Mungkin apabila sentimen gereja ini mula dimainkan,kita mungkin terpengaruh bersilat sama dan akhirnya akan turut mempersoalkan tindakan Najib tersebut.Dan apabila hal ini berlaku,apabila kita mempersoalkan perkara tersebut,pastinya media pencacai2 umno akan mula melaporkan perkara ini dan pastinya akan memutar belit cerita mengatakan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat memainkan sentimen agama dan kaum.Dan jika hal ini berlaku,mungkin pengundi China-Buddha akan turut terkesan samalah seperti isu tengkolok Ku Li satu masa dulu dan usaha menakutkan kaum lain dengan agenda Islam Pas akan berulang.Pas akan dilabel sebagai tidak toleran dan bersikap ekstremis agama.

Oleh itu,terletak dalam tangan kita sekarang untuk bersikap rasional dan berhati-hati dalam mengikut rentak lawan.Dan ingatlah,musuh telah memukul gendang,dan adakah kita mahu menari sama?

Sumber

No comments: