Friday, May 21, 2010

Nizar : laporan Sinar tidak betul dan mengelirukan

laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.


IPOH, 20 Mei :- Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit. Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah, demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.


Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian. Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Sumber

3 comments:

Nik Ismail said...

Sekadar tajuk nak cari makan,bail buruk belakang kira,dosa dan pahala tidak difikir, yang penting untung niaga dan ada kerja..

Na'im Nikmat said...

Salam Ya Akhi,
Itulah media2 yang menjadi pak turut UMNGOK/BN/APCO............

Ni'matSyurga said...

Nizar ni siapa?ooo yg pegang lilin tu ye..bila dgn PAS apa-apapun pas, tapi kat dunia je la,akhirat belum tau,pejuang2 Islam macam naim ni mmg diajar mencarut ye?memang boleh masuk syurga ye kalau sifat macam ni?
hmmm,PAS ni macam2 ada rupanya,patutlaa:)