Tentang Isu Kalimah ALLAH
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia?"
Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010
Tentang Isu Tuduhan Liwat Keatas DSAI
Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.
Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.
Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.
Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.
N'N: Disini aku mencabar Ulama'2 UMNO untuk membantah Fatwa yang dikeluarkan oleh Presiden Ulama' Sedunia Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi kerana terang-terangan pendirian kamu berbeza dengan pendirian Ulama' ini...Dan cabaran ini ditujukan kepada Mejer Jeneral (B) Jamil Khir merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menolak bulat2 permohonan Qazaf DSAI.Tapi cabaran hanya tinggal cabaran kerana mereka ini ialah Ulama' Pengampu dan Ulama' Cari Makan hasil tarbiyah UMNO........
No comments:
Post a Comment