Sebentar tadi dalam perjalanan pulang dari Taiping ke Ipoh seperti biasa aku akan mendengar siaran Radio untuk menghilangkan rasa bosan memandu seorang diri.
Hari ini hati terdetik untuk membuka siaran Stesen Radio IKIM FM yang telah lama aku boikot sejak mereka membuat propaganda memainkan isu kalimah ALLAH yang ketika isu itu sedang hangat diperkatakan.
Lebih teruk lagi setelah Bekas Pengarah Radio itu Ir Ahmad Jais Alias yang dipecat baru2 ini semata-mata kerana ingin menjemput Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai tetamu Stesen Radio itu.
Berbalik kepada siaran Radio itu,hari ini DJ membincangkan tentang isu penderaan kanak-kanak yang sedang hangat diperkatakan dan tajuknya ialah 'Benarkah Institusi Kekeluaragaan Di Malaysia Rapuh?' tapi apa yang menariknya ialah pemanggil pertama yang menelefon DJ itu untuk memberi pendapat beliau dan aku amat tertarik dengan pendapat beliau yang berbunyi seperti berikut:
"dalam isu ini saya ingin memetik suatu madah yang berbunyi 'jika Pemimpin sesebuah negara teruk,maka rakyatnya juga akan teruk, bagaimana rakyat disesebuah negara akan baik akhlaknya jika pemimpinnya suka MENGEBOM Dan MEMBUNUH orang,tapi ini pemimpin dinegara lainlah"itulah jika tidak silap aku percakapan pemanggil itu, tapi apa yang lucunya apabila beliau cuba cover komennya itu dengan mengatakan itu 'Pemimpin negara lain' padahal dalam hati aku terbayang C4 dan Altantuya he he he ........
3 comments:
Salam Tuan
DJ tu tersasul tuu...
salam akhi,
maaf no lama tak mai jengok blog sahabat ana ni, apa khbar ya?
ana tergelak baca entri terbaru ni, memang lawak la, confirm DJ tu pening nak ulas balik da kata2 pemanggil berani tu.hehe
Salam sahabatku Mountdweller&Mohamadazhan,
DJ tu sebenarnya takut kena gam kalau ulas lebih2,lihat jerlah Pengarah pun leh kena pecat inikan pula DJ..walaupun diorang sokong PR tapi terpaksa 'cover line' hu hu hu...
Post a Comment