Terbukti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mendapat sokongan dari rakyat negeri Perak 'mengalahkan' perampas kuasa, Zambry Abdul Kadir.
Tinjauan terbaru Merdeka Centre ke atas 805 rakyat Perak yang terdiri dari 382 Melayu, 330 Cina dan 93 India menunjukkan 46 % menyokong Nizar, hanya 44 % menyatakan sokongan kepada Zambry.
Bagi kaum Cina pula 59% menyokong Nizar, hanya 16 % mengampu Zambry.
Sementara di kalangan Melayu, 67 % mengampu Zambry dan 37 % menyokong Nizar.
Keputusan kajian ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Zambry yang sentiasa bangga diri menyatakan rakyat Perak sudah kembali menyokong BN kerana kebijaksanaan BN memerintah negeri Perak.
2 comments:
salam naim.. sbb itu zambry xberani nak bubar dun, kalau zambry pengecut itu bubar dun dia thu rakyat tidak menyebelahi umno..kalau dia thu rakyat menyebelahi umno sudah lama dia bubar dun perak..
rekyat perak sudah matang, dia thu parti mana buruk parti mana baik, xperlulah zambry dan kuncu2nya nk perbodohkan rakyat dgn menabur fitnah mcm2 kpd Pakatan Rakyat.. sblm zmbry merampas perak, PRU hari2 sudah terbukti yg rakyat perak menerima Pakatan Rakyat. tpi dsbbkan 3orng yg menjdi kudis buta umno, perak jatuh ke tangan zambry dan kucu2nya dengan cara jahat, iaitu merampas kuasa..
disini rakyat perak boleh menilai yg umno ni parti dahagakan kuasa..kalau berani sangat buatlah cara betul, kita mngundi semula, biar rakyat yg tentukan siapa Kjaan sah perak..ini tidak cakap je lebih seperti dia menteri besar yg sah perak..sedarlah zambry, kamu2 menteri besar haram, kjaan yg tidak sah..selepas ini 1perak bahkan 1malaysia tolak Umno.bersiap sedialah PRU sekali lagi..
Salam Hanes,
Memang itulah hakikatnya,apabila dah bermula dengan haram memang semuanya jadi macam haram.....
Post a Comment