Sunday, February 7, 2010

Gempar !!!! Saiful Tarik Diri , Mengaku Salah

"Setelah satu minggu perbicaraan Liwat II , analisa paling bodoh yang awal – awal dapat dibuat ialah beberapa kelemahan ketara dalam menjustifikasikan kekuatan Saksi utama iaitu Saiful ;-

1. Beliau PASIF dan TIDAK BERTINDAK serta MELAWAN sebaik saja ‘diajak’ oleh Anwar untuk ‘diliwat’

2. Tindakan ini seolah – olah ia RELA dan BERSETUJU dengan ‘pelawaan’ Anwar untuk ‘diliwat’

3. Dan 2 hari selepas diliwat , iaitu hanya pada 28hb baru berusaha dan bersusah payah mencari hingga 3 buah hospital untuk ‘membuktikan’ dia ‘betul – betul’ diliwat’.

4. Kalau benar beliau marah dan tidak setuju dengan ‘perbuatan’ Anwar ke atas nya , maka pada petang kejadian 26hb , kurang lebih jam 5.00pm beliau sepatutnya meluru ke ketiga – tiga buah hospital tadi. Sepatutnya begitu lah. Tetapi itu tidak berlaku.

5. Kita sama – sama lah tengok episode berikutnya dalam perbicaraan untuk minggu ke – 2 nanti , takut – takut skrip akan diubah.

Di sini agak jelas skrip yang ‘Mahathir’ sediakan ini tak berapa lengkap.

Mengikut pengakuan Saiful dan dan berkat kesabaran beliau menunggu sehingga lebih dari 1 tahun menunggu , beliau bersyukur dan mengucap Alhamdulillah akhirnya kes ini dapat dijalankan perbicaraan , menunjukkan betapa untuk menunjukkan kepada rakyat 1Malaysia ‘kejadian’ ini benar – benar berlaku dan terjadi.

Namun skrip hari pertama sudah Nampak dengan jelas tidak berapa kemas dan cermat.

Jangan nanti , belum habis beliau memberikan keterangan dari kandang saksi , samada pada hari ke-3 atau ke-4 nanti , Allah memberikan hidayah kepadanya , lantas membuat pengakuan , semua ini adalah konspirasi Najib dan Mahathir saja.

Huru hara nanti 1Malaysia , kalau itu yang terjadi.

Sumber

5 comments:

Unknown said...

Salam Naim. Suspens dengan tajum enta. Ingat betul-betul tadi...

Na'im Nikmat said...

Salam Mybabah,
Memang suspen tapi benda ini tak mustahil terjadi sebab semua ni terjadi dengan Izin ALLAH dan tak mustahil jika ALLAH jadikan sebaliknya sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH selamatkan DSAI drpd fitnah yang melanda beliau.

Unknown said...

Salam Naim,mmg benda ni tak mustahil berlaku.kita doakan saja agar tajuk di atas menjadi kenyataan.

BUJANG SUSAH said...

Salam sahabat.. Kalau tu terjadi, skripnya mungkin jua akan jadi begini "shyyfools didapati mati kerana duburnya tercucuk cota polis". hehehe

Unknown said...

Wahai kaum muslimin

Apabila Anda Membeli Akhbar
UTUSAN MALAYSIA (UM) atau
BERITA HARIAN (BH)
Anda Sebenarnya Sedang Menyokong
& Turut Membantu
INDUSTRI JUDI NEGARA
Kerana UM/BH Ini Dapat Hidup &
Bernyawa Adalah Atas Wang Hasil Tajaan Iklan JUDI
Dalam Akhbar Mereka.

JUDI+JUDI+JUDI = FASIK+FASIK+FASIK

Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu orang FASIK membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujurat : 6)