Monday, January 4, 2010

Selepas TV dan Radio kini promosi 1 Malaysia ke-SMS pula......

Tepat jam 3:27 Ptg telefon bimbitku dikejutkan dengan satu SMS yang tertera:

Sent:1/3/2010 3:27 PM

CELCOM


RM0:Adakah anda sedar tentang konsep 1 Malaysia? Taip 1M a utk YA atau 1M B utk TIDAK & SMS ke 15888. Dari Celcom & 1Malaysia


Itulah SMS yang tertera di telefon bimbitku,sebenarnya kalau diikutkan hati aku hendak sahaja aku membalas SMS itu dengan Jawapan ini:

Untuk pengetahuan anda saya benar-benar arif dan sedar tentang konsep 1 Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak PM kita sekarang.

‘RETORIK’ itulah jawapan yang saya rasa sangat sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan itu, pasti anda tertanya mengapa saya mengatakan sedemikian? Yang pastinya slogan ‘1 Malaysia, Rakyat Didahukan ,Pencapaian Diutamakan’ langsung tidak menepati slogan dan konsep 1 Malaysia itu sendiri.

Apakah maksud ‘Rakyat Didahulukan’ jika rakyat kian ditekan terus-menerus dengan kenaikan kos sara hidup seperti kenaikan harga minyak petrol,tambang pengangkutan awam,cukai-cukai,kenaikan harga tol-tol lebuhraya,Kenaikan harga makanan asasi seperti beras,gula,tepung,susu dan sebagainya?Jadi dimanakah relevannya ungkapan ‘Rakyat Didahulukan’?

Dan jika benar rakyat didahulukan mengapa Rakyat Negeri Perak seperti saya sendiri dinafikan hak sebagai seorang rakyat yang berhak untuk memilih Kerajaan berlandaskan Demokrasi,tapi mengapa hak-hak kami dinafikan Kerajaan BN dan mengapa Kerajaan yang telah kami pilih dirampas secara haram dan mencabul perlembagaan Negeri Perak yang kami cintai.Mengapa?

Begitu juga dengan slogan ‘Pencapaian Diutamakan’ apakah maksud sebenar ‘Pencapaian Diutamakan’? Tiada langsung gambaran jelas mengenai pencapaian kerajaan BN yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia umumnya. Adakah kadar Kemiskinan, Pengangguran dan Jenayah yang tinggi merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan Kerajaan BN? Adakah dengan mengekang kebebasan kuasa Badan Kehakiman , Kepolisan dan suruhanjaya (SPRM,SPR) oleh kerajaan BN merupakan pencapaian yang patut dibanggakan. Bagaimana pula dengan Akta Keselamatan Dlm Negara (ISA) yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri keadilan dan menzalimi rakyat juga merupakan pencapaian yang membanggakan Kerajaan BN?

Sebelum anda mahu bertanyakan saya tentang konsep 1 Malaysia saya rasa ada eloknya anda bertanyakan persoalan-persoalan saya ini kepada PM 1Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Akhir kata daripada saya sila hayati slogan ini yang telah lama berkumandang dan telah terbukti keberkesanannya. PAS FOR ALL,KEADILAN UNTUK SEMUA dan MALAYSIAN MALAYSIA yang pastinya bukan retorik tapi kenyataan.


N’N:Agak2nya berapa kredit aku kena potong kalau hantar SMS panjang ni…….

5 comments:

Unknown said...

Sy dh dpt 3 hari lepas,terus delled.

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

bahana slogan ni, sampai nama Allah pun agama lain boleh pakai. perpaduan UMNO...

Unknown said...

Salam sheikh. Slogan retorik ini sudah bermula sejak dari Cek Det lagi (bersih - sapu bersih harta rakyat, cekap-cekap menutup dosa pada rakyat dan agama, amanah-amanah menyimpan rahsia sesama mereka). Paklah (cemerlang, gemilang, terbilang - Petualang). Sekarang, 1Malaysia (kena tipu).

Ayid said...

Teman pakai maxis belum ada lagi. Nanti kalaua ada teman tukar no lain le. Kita pakat tukar ke Digi la nampaknya

Na'im Nikmat said...

1 Malaysia pakat kena tipu..........