Monday, February 1, 2010

Masih tak percaya UMNO kaki Perasuah???RM 105 Juta Beli MP PKR Indera Mahkota ??

"Nampaknya Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Menurut Anwar lagi , usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

Ini bermakna usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau,

" Manakala itu menurut Azan , beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

Ulasan

Agak – agaknya berapa harga yang ditawarkan oleh JJ kepada semua MP PKR ini ?

Adakah harga yang ditawarkan masih tidak cukup lumayan , sehingga semua MP PKR ini masih tidak berganjak ?

Tuan – tuan dan Puan – puan mungkin ada angka dan harga tersendiri !!!! Berapa harga untuk membolehkan YB Azan berpindah parti dan menyertai UMNO ? RM105 juta ???

Sumber

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti.

Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya.

“Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR.

“Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini,” katanya.

4 comments:

Unknown said...

Salam. Tidak kiralah apa-apapun anutan politik, jika ditawarkan wang sejumlah itu, tetapi tidak berganjak dengan pegangan, orang itu memang hebat. Hebat dari segi moral, apatah lagi agama...

Cencaluk said...

Aku rasa kau dah kena klentong dgn DSAI kot. Daripada UMNO merasuah wakil PR baik diaorang baiki lampu kat bangunan PWTC. aku rasa kosnya dekat setengah jua gak le termasuk kos mencantikkan lagi PWTC tu. Pahang dah dalam gengaman UMNO buat hapa diaorang nak pancing setakat sorang yang tak boleh nak bersuara dan asyik dengan kecewa dan berhati parah tu.

Baik diaorang beli Dato' Siti dgn RM105 juta untuk memantapkan lagi hati orang-orang yang dok mengilai Dato'Siti. (Idola le katakan apa dia buat orang akan ikut)

Cakap fikir dulu, jangan lepas cakap baru nak fikir dah terlambat.

Heran kenapa masih ada orang yang percaya dgn DSAI tu. Aku semenjak mak aku lahirkan aku memang aku dah tak percaya dgn DSAI ni.

Boleh percaya ke?

HA.....HA............HA.......HA..

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Benar Mybabah tiada orang yang dapat menahan Imannya drpd berbuat perkara mungkar selain orangnya kuat pegangan agamanya.

Buat cencaluk,
Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawai yakni Presiden Ulama' Sedunia menyokong DSAI berserta empat lagi tokoh Ulama Dunia termasuk Sheikh Dr Wahbah Zuhaili.Apa komen anda???

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

sejak dlu lagi UMNO dasar keji beli MP yang tiada maruah seprti 3 ekor kat perak tu...