"RANTAU PANJANG, 4 Dis: Krisis Umno Rantau Panjang kini sampai ke kemuncak apabila ramai pemimpin di peringkat cawangan mengancam mahu keluar parti.
Kesemua 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) yang dipecat Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak meninggalkan parti.
Difahamkan kira-kira 500 penyokong Umno dijangka keluar Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku, kemudian dikuti 35 cawangan lagi di seluruh bahagian Rantau Panjang.
Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.
Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan kedudukan Abdullah selaku ketua bahagian kerana dikatakan tidak dipilih melalui mesyuarat agung perwakilan bahagian.
“Begitu juga pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita diragui kesahihah jawatan masing-masing kerana penggantungan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zin Ismail dibuat mendadak ketika tempoh pencalonan peringkat bahagian tamat.
“Peluang untuk ahli mencalon tokoh-tokoh lain yang bersesuaian untuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita sudah tidak ada lagi ketika itu,” katanya.
Mohd Zin bekas Adun Bukit Tuku digantung jawatannya oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun kerana dikatakan menaja calon bebas di Dun Gual Periok pada pilihan raya umum 2008.
Wan Yaakob berkata, mereka yang memegang jawatan di Rantau Panjang sekarang seolah-olah dilantik Umno Pusat tanpa memberi peluang kepada ahli dari 160 cawangan membuat pemilihan.
Konflik yang berlaku antara Mohd Zin dan Abdullah memuncak ketua bahagian sekarang dikatakan memecat PPM serta KPPM yang dilantik bekas ketua bahagian sebelum ini.
“Ini membuatkan kami rasa panas hati dan harus dicari jalan penyelesaian segera,” kata Wan Yaakob ketika ditemui di majlis sambutan hari raya korban di cawangan Umno Baroh Pial semalam.
Majlis tersebut diadakan di rumahnya dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa bekas PPM dan KPPM yang dipecat.
Menurutnya juga kesemua mereka yang dipecat telah meminta jasa baik pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamad menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
“Saya bersama beberapa rakan telah berjumpa Datuk Pa dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein meminta mereka campur tangan selesaikan perkara ini segera.
“Tetapi sampai sekarang tak ada sebarang tindakan diambil. Ini membuatkan kami merasa tawar hati,” kata Wan Yaakob.
Beliau juga berkata perjumpaan di Baroh Pial itu sebagai asas permulaan untuk tindakan protes selanjutnya.
Menurutnya selepas itu mereka akan majlis serupa di Dun Meranti kemudian dikuti Dun Gual Periok.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuk Mohd Zin, bekas KPPM, Mohd Zin Che Ngah, Zahari Omar (bekas KPPM), Yakob Yunus (bekas PPM dan AJK bahagian), Fauzi Mat Jusoh (AJK bahagian), Wan Aminuddin (AJK bahagian) dan ketua puteri bahagian, Norhayati Mat.(Sumber)
2 comments:
jangan terperanjat cara2 sebegini atau yang hampir dengannya akan menjadi amalan pula dalam pas. almaklum sahajalah, ia bagi memastikan cengkaman kuasa tidak terlucut demi 'melayu dan islam' yang kini sudah diterimapakai oleh mereka yang mencengkam kuasa dalam pas.
perhatikan urutan peristiwa mendatang sebagai kesinambungan kepada apa yang telah berlaku dan sedang dilalui. mereka memilih untuk berdiam diri dalam isu royalti kelantan. kononnya mempertahankan tgna dengan ' dia tidak perlu ditegur, kerana dia (tgna) tidak bersalah'.
hubaya, hubayalah!
wallahu'alam
Salam Na'im,
Tv 3suku tak pula masuk berita.Jika terjadi pada PAS 3 hari 3 malam depa dok ulang tak habis-habis
Post a Comment