Raja Petra Kamarudin:
'Sejak Mac 2008 lagi, saya telah mendesak Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma di negeri-negeri yang mereka kuasai. Namun begitu, keadaan masih di takuk lama. Tidak lama lagi, kita akan merayakan ulang tahun kedua Pilihan Raya Umum ke-12 dan sehingga kini, perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma masih belum diperkenalkan.....'
Pakatan Rakyat sedang tidur dan mereka fikir bahawa mereka mampu memenangi pilihan raya berikutnya tanpa melakukan apa-apa. Saya dah bosan cuba meyakinkan mereka tentang kepentingan Internet bagi perjuangan pihak pembangkang. Kalau Pakatan Rakyat memang nak cari nahas, biarkanlah si Luncai dengan labu-labunya.
Tontonilah pembentangan video di bawah ini untuk memahami mengapa saya begitu marah dengan Pakatan Rakyat. Yalah, jangan terhantuk baru terngadah. Jangan dah kalah, baru nak berubah. Nah, pada masa tu, saya akan berkata kepada Pakatan Rakyat, “Padan muka dengan kamu semua.”
Pakatan Rakyat nampaknya masih tidak faham-faham bahawa mereka berada di kedudukan yang kurang menguntungkan dalam konteks media arus perdana dan elektronik. Jadi, mereka memerlukan Internet untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi. Sepuluh tahun yang lalu, terdapat hanya 280,000 pengguna Internet berbanding dengan lapan juta pengundi. Hari ini, nisbahnya adalah satu ke satu. Pada masa depan, jumlah pengguna Internet akan melebihi jumlah pengundi.
Maka, pihak yang mengawal maklumat di Internet mampu mempengaruhi pemikiran para pengundi. Pada kemuncak Perang Vietnam, empat daripada lima orang rakyat Amerika membeli akhbar. Hari ini, hanya dua daripada lima orang rakyat Amerika yang membelinya kerana kerana mereka dapat memperoleh maklumat dari Internet.
Meskipun jumlah penduduk Indonesia meningkat, bilangan surat khabar yang dijual di Indonesia pada ketika ini adalah separuh dari bilangan yang dijual semasa era Reformasi dahulu - di kemuncak era anti-Soeharto. Ini kerana pada masa kini, rakyat Indonesia juga bergantung pada Internet sebagai sumber berita dan maklumat.
Rupert Murdock meramalkan bahawa menjelang 2030, akhbar cetak akan digantikan sepenuhnya oleh Internet. Jadi, tindakan Pakatan Rakyat mengabaikan Internet hanya mengundang padah pada diri mereka sendiri. Marilah kita sama-sama berharap bahawa pada 19 Disember 2009, delegasi ke Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat akan membincangkan mengenai masalah ini dan melakukan sesuatu bagi menanganinya.
Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Pakatan Rakyat Masih Tidur
4 comments:
salam akhi,
benar apa yg diutarakan oleh ijok2009, anak muda leka sekarang dgn keseronokan saja, ana sbg pelajar lihat rakan2 ana sendiri memandang jelek ttg politik. Ana lihat anak muda masih kurang kesedaran ttg pentingnya poltik islam ini, golongan agamawan sndiri pun kdg2 memndang serong akan politik sekarang.
seperti kata Prof Dr Syed Naqiub ttg politik, beliau banyak memberi nasihat ttg kepentingan ilmu diterapkan kpd anak2 muda supya timbul kesedaran melalui ilmu yang ada, dan yg kedua ttg akhlak dalam berpolitik, orang yang berilmu mesti mendidik diri menjadi orang yang beraklak spy ilmu dan akhlak mmbentuk diri menjadi mantap, seterusnya mnjadi cth teladan terpuji kpd masyrakat.
sebarkan ilmu kpd anak2 muda sekarang, mudah2an mereka timbul kesedaran utk berubah, dunia dah makin nazak sgt da.
wallahu'alam.
Salam akhi Mohamad Azhan,
Benar kata akhi kita seharusnya menjadi pemangkin untuk menyedarkan golongan2 muda ini..Kita harus bertindak mulai sekarang dan tidak boleh pandang kebelakang lagi...
Asalamualaikum.
Saya setuju dgn kenyataan Raja petra yg ni,mmg betul apa yg dia kata kerakjaan dibawah pakatan rakyat senarusnya mengambil peluang dlm medium internet sekarang dgn menyediakan kemudahan internet percuma.
Hanya itu saja lah saluran yg kita ada yg tidak dpt di kawal oleh Kerajaan Umngok.
Saluran seperti TV Pas dan TV selangor juga mgkin boleh mengambil langkah lebih proaktif lg dengan mengadakan slot-slot perbincangan yg memberipeluang kpd penonton untuk berinteraksi dgn ahli panel melalui e-mail,face book atau sms mungkin boleh menarik minat golongan remaja.
Benar ya akhi,kita sememangnya sangat menagih sokongan mereka untuk bersama menumbangkan Kerajaan yang Zholim ini....
Post a Comment