Sehingga September 2009, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11.08 juta. SPR juga telah mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian atau dilucut kewarganegaraan.
Sementara itu setengah juta penduduk Perak belum mendaftar sebagai pengundi.
*SPR Perakui Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2009
*500,000 penduduk Perak belum daftar pengundi
SPR Perakui Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2009
PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009, iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendatar terkini seramai 11.08 juta.
Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
SPR juga mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya.
"Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Ketiga 2009, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008 adalah seramai 11,085,863 orang," menurut kenyataan itu.
Kenyataan akhbar turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.
"SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.
"Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.
Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.
Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web www.spr.gov.my.
-- BERNAMA
500,000 penduduk Perak belum daftar pengundi
Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Ahmad Adli Abdullah.
Beliau berkata angka tersebut berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.
Beliau berkata mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.
"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya," katanya pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di Ipoh hari ini.
Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.
"Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minimum melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih)," katanya.
BERNAMA
Wednesday, December 16, 2009
Macam Manalah Kita Nak Tukar Kerajaan Yeop Kalau Kome Tak Mahu Mengundi??
11.08 JUTA PEMILIH BERDAFTAR, 66,616 DIKELUARKAN DARI REKOD PEMILIH & SETENGAH JUTA RAKYAT PERAK BELUM MENDAFTAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam saudaraku Naim.
Rasanya golongan yg tak mendaftar tu ada 3 golongan .
1) Golongan remaja2 yang tidak ambik kisah tentang negara dan masyarakat,mereka hidup dlm dunia hiburan mereka,bagi mereka salkan mereka dan keluarga mereka dpt makan ,minum xde sape kacau kira ok.
Mungkin Paknil@Pak pandir termasuk dlm golongan ni.
2)Golongan Profesional tapi tak percayakan politik,bagi mereka semua parti politik tak boleh di percayai dan gilakan kuasa.mungkin mereka mahukan sebuah parti yg dipimpin oleh orang yg benar2 bersih macam wali Allah.Mustahil itu berlaku.
3)Golongan yang mengangga sistem demokrasi adalah haram sistem ini dicipta oleh barat dan bukan berasal dari islam.
Bagi mereka sistem politik Islam yang sebenar hanyalah sistem khalifah atau sistem beraja mcm Arab Saudi.
Golongan ini mungkin menunggu kemunculan Imam Mahdi baru nak berbaiah kpd pemimpin Islam.
Tapi apa akan jadi sebelum itu,takkan nak membiarkan negara dipimpin oleh org2 Zalim.
Bagi ke tiga2 golongan ini Ulama' Pas perlu turun padang memberikan penjelasan dlm pelbagai cara.samaada melalui perbincangan ,wacana,dialog atau sebagainya.
Sebab golongan ini takkan datang kat ceramah politik.
salam utk semua rkyat perak yg belum berdaftar,
anda semua bertanggungjawab utk memilih kerajaan supaya anda tidak menjadi mangsa permainan kotor orang2 politik seperti sekarang...
Salam ya akhi Ijoks dan akhi Mohamad Azhan,
Komentar akhi ijoks tersangatlah relevan,mungkin mereka ni(golongan yang tak mahu mengundi)tidak nampak mudarat yang teruk telah berlaku disebabkan mereka tidak mahu mengambil tahu perihal Kerajaan yang memerintah. Mereka seakan redha dgn apa yang berlaku...terserah tapi ingatlah kita semua akan dipersoal diakhirat kelak mengapa kita tidak menyokong Jemaah yang mahu melaksanakan Islam??? Agak2 apa yang mereka ni nak jawab..........
Salamm Naim.
Saya setuju di atas ulasan Ijok bagi perkara 3. Golongan ini berangapan pilihan raya itu tidak nmengikut sistem berkhalifah. Mereka mahukan menegakan Islam secara selera mereka. Ini tidak mungkin berlaku Pas adalah wadah kepada siasah Islam. Oleh kerana Negara mempunyai demokrasi, PAS terpaksa berdiri di stan politik untuk menegakan Islam.
Pemimpin-peminpin PAS sepatutnya kerap turun padang untuk membuka kounter pendaftaran Pilihan pengundi. Kita tidak boleh berharap kepada belia-belia untuk datang sendiri bagi mendaftar mengundi. Kita dapat lihat kaum cina membuat pendaftaran pemilik di pasar-pasar malam. Kita belum jumpa lagi PAS berbuat demikian.
Cara pendekatan kita, kepada belia-belia pun perlu di ubah. Oslop dakwah semasa ceramah perlu kepada pendekatan menarik mereka kepada PAS. Kita ceramah mempunyai Oslop menghentam dan serang. Ini pendekatan saya berpendapat kurang meyakinkan mereka kepada PAS.
Kita bertanggungjawab memeberitahu mereka kenapa dan mengapa perlu mengungi. Kita tidak boleh memepersalahkan mereka 100 peratus, mungin mereka tidak mendapat maklumat terperinci.
bila minyak naik semua marah..bila barang naik bagai nak gila rakyat malaysia..trmasuk ler golongan ini ..ksedaran politik rakyat malaysia msh di peringkat sederhana..ini semua akibat sikap pemimpin2 yg tonjolkan keburukan berpolitik dr kebaikan..walhal kita diberi pilihan utk mengubahnya dlm pilihanraya..selain tu tingkah laku spr yg byk menimbulkan perkara2 negatif dlm tugasnya..media massa pula tidak banayk mmbantu spy politik di malaysia nmpak seimbang ..oleh itu mari ler kita mendekati mereka2 ini untuk membuat perubahan ..golongan muda perlu lbh didekati krn mereka ini lebih berfikiran terbuka..3 golongan yg dikemukan ayid itu sememangnya realiti ..tp nak tak nak kita kene berusaha mnrik mrk ..
Kita mulakan gerak gempur 'Orang Muda Geng Kita'
Post a Comment