Friday, October 9, 2009

Siapa blogger ini?Inikah akhlak seorang yang mengakui dirinya pejuang Islam?

Pondok Dungun Terengganu berkata:

1.'mung memang tak da bangsa sebab takut asobiyyah. Jadi mung anok haram...'

2.'Ning sekor lagi, Pemburu Syahid ke Pemburu Katak Mampus ?. Akal mung yang dah hilang, mabuk dalam todi demokrasi haram. Mung dok perasang ke ?. Sebab tu mung boleh jadi mabuk nak memburu syahid dalam demokrasi. Peeerah !. Aku dah tak nak berhujjah dah dengan orang-orang mentol dan mabuk undi macam mung ni.

You waste my precious time, you see O the mabukman and the mabukwoman.

Mung ni ulama tafsir ke ?. Pandai-pandai tuduh orang ning. Kabo je yang mung ni pemburu syahid taklid, macam pemburu katak mati. Cih, busuk kohong taklid bute mung ! Taklid pulak dengan rahib dan pendita undi. Manusia munafik paling ekstriim gulat.

Balik lah ke pangkal jalan..'

3.'azridul yang mabuk todi demokrasi. Standardlah, orang mabuk suka tuduh orang lain mabuk macang mung..

Kesiang mung. Nak mubahalah ke ?. Ade berani ?..'


Inikah perkataan yang sepatutnya keluar dari mulut seorang insan yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam yang menegakkan Al-Quran&As-Sunnah?Caci-maki dan tomahan kamu terhadap kami sedikit pun tidak akan mematahkan semangat juang kami menegakkan Hak-Hak ALLAH di muka bumi Malaysia ini.Kami akan terus berjuang menentang kerosakan yang UMNO lakukan. Kerana kami berpegang kepada Al-Quran&As-Sunnah.

Firman ALLAH S.W.T:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Surah Huud ayat 113)

Pesanan Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W :

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang redha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

kami sesekali tidak mahu termasuk didalam golongan orang yang Redha dan hanya Mengikutinya sahaja apa yang UMNO lakukan. yang pastinya perjuangan kamu wahai PondokDungunTerengganu hanya untuk memusuhi PAS lebih2 lagi Tuan Guru Nik Aziz serta ahli2nya yang seluruh hidup mereka di abadikan untuk menegakkan Hak-Hak ALLAH dimuka bumi Malaysia yang tercinta ini.

Ingatlah wahai PondokDungunTerengganu jangan sesekali kamu menyatakan kami sesat kerana berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Dalil yang kamu berikan tidak satu pun memberi bukti yang konkrit bahawa kami ini sesat,Penyembah Undi Kafir,Muktazilah,Liberal dan apa sahaja gelaran yang kamu berikan tidak sesekali akan melemahkan kami kerana kami akan terus menegakkan Hak-Hak ALLAH melalui Pilihanraya, kerana itulah sahajalah jalan untuk mencapai kemenangan tertegaknya Hak-Hak ALLAH S.W.T di Malaysia.

Nasihat kepada teman2 seperjuangan khursusnya para bloggers PR,ini adalah contoh seorang blogger upahan UMNO yang kerjanya menghina,mencaci,mengherdik dan menghukum kita sesuka hati.Lihat sahaja di blog mereka tiada langsung post-post yang menyatakan kebenaran tentang UMNO dan lihat sahaja perangai Asobiyah mereka mirip perangai Asobiyah UMNO.

Jelas dan Nyata mereka ini bukan berjuang untuk kebenaran tapi berjuang untuk kebatilan.Teruskan perjuangan wahai bloggers2 dan bertawakallah kepada ALLAH S.W.T semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi anasir2 jahat seperti ini.Takbir!!!!

9 comments:

jebbat said...

Assalamualaikum WBT.

Terpanggil memberi sedikit pandangan.

Pertama sekali disini, ana bukan hendak menunjuk pandai. Sekadar berkongsi ilmu dan menjalankan perintah Allah.

Kita berdakwah dan menggunakan untuk memuliakan Islam. Bukan untuk bermusuh.

Ana juga pernah bertukar pendapat dgn Na'im mengenai demokrasi. Memang ternyata kami berbeza pendapat namun alhamdulillah, tujuan adalah sama cuma cara perjuangan yang berbeza. Kami berbalas hujah. Walaupun apa yang diberikan, ana kurang setuju namun ana hormati pendapatnya.
Secara peribadinya ana hormati pendirian Na'im dan tutur caranya.

Ana juga setuju dgn tuan blog dengan haramnya demokrasi. Ana juga kurang setuju dengan pendekatan TG Nik Aziz yang "sekarang".
Berdakwahlah dgn menggunakan perkataan yang dibenarkan sebagaimana tariqah Rasulullah SAW. Kita beri contoh dan kita beri nasihat. Bukan beri ambil contoh dan kita jatuhnya.

Diakhir kata, manusia yang tinggal kita semuanya bukan maksum. Mereka berkemungkinan melakukan kesalahan. Jadi tidak perlulah seseorang atau sesuatu gerakan fanatik dengan pemimpin mereka.
Tugas kita adalah menasihat dan membetulkan apa yang tak betul. Termasuklah diri ana sendiri. Sumbernya DALIL dan NAS.

Orang beriman itu bersaudara.

Sekian

Wassalam

Jebbat
hanya seorang hamba Allah
jebbat.blogspot.com

Azridul said...

Kasihan orang ni. Dia yang pukul, dia pula yang menangis. Hidupnya mencari musuh. Berbangga pula dapat bermusuh dengan orang lain.

Na'im Nikmat said...

Lihatlah ana dan akhi jebbat walaupun kami berbeza pendapat namun kami masih memegang ajaran Nabi Muhammad S.A.W bahawasanya orang muslim itu bersaudara.Berbeza dengan pendekatan yang dibawa oleh PondokDungunTerengganu yang hanya melemparkan kata-kata kesat yang menyakitkan hati.Ana tidak mahu bermusuh dengan sesiapa biarlah ana digelar anak haram atau apa2 pun kerana apa yang ana terima ini tidak tersangat2 kecil jika dibandingkan dengan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Ana tidak kisah dicerca dan dihina kerana itulah sunnah yang telah Baginda Rasulullah tinggalkan supaya bersabar dan terus bersabar. Namun perjuangan menentang UMNO tetap diteruskan bukan kerana UMNO itu UMNO tetapi dasarnya yang tidak ISLAM..Takbir!!!!

Na'im Nikmat said...

Rasulullah saw juga pernah dituduh gila dan pemecah belah masyarakat Quraisy.Yang menuduh Baginda itu pula adalah bangsa Quraisy yang sama seperti mana Rasulullah saw.Jadi kita sebagai ummatnya langsung tidak layak dibandingkan dengan pengorbanan yang telah Nabi Muhammad S.A.W lakukan bersama para sahabat2 Baginda. Tidak pernah Baginda mengajar kita bersikap Asobiyah


Sabda Nabi SAW;

Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah

"Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, pengarang kitab 'aun mabud' menyebut: "mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim

"Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, kenegerian, dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.Perangai asobiyyah ini wujud pada UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, manafikan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia yang menetang dan menyumbat mereka dalam tahanan ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.Justeru, sebelum UMNO mahu mengajar Tuan Guru Nik Abdul aziz tentang ajaran Al-Quran, sewajibnya UMNO tukar dahulu dasar parti sesat mereka, daripada kekufuran kepada Islam.Kerana itulah 'Pakatan Rakyat' tidak mengenal warna kulit kami bersatu atas dasar keadilan dan keadilan amat dituntut dalam islam.
Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Pemburu Syahid said...

Salam....

Ana tak kisah pun dengan segala hamburan maki hamun tanpa asas oleh pondokdungunterengganu kerana ana sudah tetapkan pendirian ana tentang tafsiran tafsiran sesuka hati beliau terhadap ayat ayat al-Quran.

Pada ana, lakum deenukum wa liyadeen.

Mukatamad.

Biarkanlah pondok dungun terangganu menyalak dan melalak sesuka hatinya.

Orang yang jahil memang tak akan mengaku kejahilannya.

Na'im Nikmat said...

Betul Ya Akhi

Ayid said...

Syabas Naim. Enta memang manthop

jebbat said...

Syukran ya akhi

Semoga apa yang kita lakukan akan diberkati Allah SWT.

Na'im Nikmat said...

InsyaALLAH Ya Akhi itu matlamat kita bersama.