Adakah ini arah tuju pemuda dan pemudi didalam UMNO. Dimanakah perginya akhlak Islam seorang pemuda dan pemudi harapan Agama,Bangsa dan Negara. Mungkin benarlah seperti yang diceritakan Dr.Asri didalam blognya dalam entry yang bertajuk 'Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan UMNO'.antara petikan2nya ialah:
'Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.
Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.'
Benarlah apa yang dinyatakan oleh Dr.Asri bahawa semua pemuda dan pemudi yang benar-benar mahukan Islam tidak mungkin akan bersama UMNO. Mereka lebih cenderung bersama PAS atau mana-mana gerakan Islam yang lain. Fikirkan sejenak wahai saudara-saudaraku kemana arah tuju remaja-remaja kita bersama UMNO????
4 comments:
umno lebih mmbawa kerosakan dari kebaikan ...hiburan ,,rasuah ...pastu sekuler klu dlm majlis umno mmg tak islamik ..yg sy tau sokong umno tolak hudud,sokong umno redha dgn rasuah..sokong umno bertuhankan wang..sokong umno krg imarahkn majlis dan kuliah agama..tp bab hiburan yg larho digalakkn..byk lg kerosakan yg maleh aku nk sebut..
Dapatkah Wanita UMNO untuk menegakkan Islam dengan serius. Ketua nya berkata sempena perhimpunan UMNO pada hari ini. UMNO mungkin dapat merebahkan Islam tapi tak dapat untuk menegakan Islam. Kita lihat gelagat anak muda UMNO ini (confirm) anak UMNO
Adakah budaya mereka tu merupakan budaya islam. Mereka cuma tahu apa itu islam jawapnya agama saya?
Jika mereka tahu faham akan agama islam, mereka tak lakukan demikian adanya. Adakah mereka tahu mereka dilahirkan sebagai khalifah di mukabumi ini confirm tak tahu.
Mereka disogokkan dengan hiburan yang melampau-lampau hingga lupa akan paksi islam mereka. Jadi mampukan wanita UMNO nak menegakkan Islam oh mungkin tidak.
UMNO perlu memurtabatkan undang-undang Islam terlebih dahulu baru dapat menegakan islam. Tadbir
Itulah hasil tarbiyah UMNO selama 50 tahun lebih berkuasa..
Budak-budak tu semua yg tak abis ngaji..Silap-silap quran pun tak leh baca.."kalau ada org yg gmbar dia di atas sila nafikan klu anda boleh baca quran"..
Post a Comment