Friday, September 25, 2009

Politik UMNO Vs Politik PAS

Seperti yang kita semua sedia maklum sistem politik di Malaysia adalah sistem politik yang difotokopi dari sistem politik ala British. Kita harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan penjajah seperti British dan Jepun.

Namun begitu Malaysia dikatakan lebih banyak dipengaruhi oleh British berbanding Jepun. Penjajah sememangnya mahukan negara dibawah jajahan mereka mengikut sistem pemerintahan seperti mereka.

Maka lahirlah pemerintahan bercirikan sekularisme di Malaysia.Politik di Malaysia adalah contoh sistem politik sekular yang diadaptasi dari Barat.Namun begitu politik di Malaysia kini tidaklah mengikut tepat sistem politik Barat ini kerana sistem politik di Malaysia telah banyak diekplotasi oleh pemerintah yang hampir 50tahun lebih memegang tampuk pemerintahan yang pada mulanya diterajui Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.

Kepincangan ini bermula dengan penguasaan kerajaan terhadap badan-badan yang sepatutnya bebas seperti badan kehakiman, media massa dan kuasa ‘legislative’. Ini bagi membolehkan kerajaan pemerintah sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa tanpa dipantau mana-mana badan yang bebas.Namun hakikat sebenarnya sistem Demokrasi telah memisahkan kuasa-kuasa itu supaya demokrasi dapat dilakukan dengan sempurna.

Namun sedarkah kita sistem politik Barat ini sebenarnya dicedok dari sistem Islam yang syumul yang telah lama dipraktikkan oleh Pemimpin agung kita Nabi Muhammad S.A.W semasa pemerintahan Nabi S.A.W Baginda telah memisahkan kuasa baginda diantara politik, kehakiman dan pentadbiran berlandaskan nas-nas dari Al-Quran dan as-Sunnah.

Firman ALLAH S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Surah Al-Maidah ayat-8)

Baginda sendiri tidak mempunyai kuasa terhadap hakim yang dilantik walaupun Baginda sendiri terlibat didalam penghakiman. Sistem ini diteruskan dan dipraktik oleh pemerintahan Khalifah Islam. Oleh kerana sistem politik Islam ini dilihat Barat sangat bersistematik, sistem ini telah diambil dan diguna pakai oleh British tetapi mereka mengubahnya kepada sekularisme dan kemudiannya diguna pakai pula oleh negara bekas jajahan mereka termasuk Malaysia sendiri.
Politik Islam adalah berbeza sama sekali dengan politik ciptaan kufur ini kerana politik Islam adalah berlandaskan kepada nas-nas dari Al-Quran dan As-sunnah manakala politik Barat hanya berlandaskan akal dan fikiran manusia yakni logik akal.Harus diingat sesungguh ALLAH Maha Pencipta lebih Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk ummat manusia.

Namun di Malaysia UMNO/BN yang hampir 50 tahun lebih memerintah Malaysia secara senyap dan bersistematik telah menguasai badan-badan kehakiman, polis, media massa dan kuasa ‘legislative’ yang sepatutnya bebas bagi menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat.

Dengan ini segala penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang dilakukan mereka seolah-olah tidak boleh diambil apa-apa tindakan. Terjadilah ketidakadilan kepada rakyat Malaysia. Ketikadilan yang berpanjangan ini membuatkan rakyat bangkit kerana perasaan marah terhadap pemimpin-pemimpin yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Wang rakyat dihabiskan untuk projek-projek mega yang langsung tidak memberi sedikit manfaat pun kepada mereka. Projek-projek mega ini hanya menguntungkan kroni-kroni dengan tender projek yang mereka dapat.

Kroni-kroni ini terdiri daripada anak-pinak dan saudara-mara mereka. Wang rakyat juga digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis dan tidak hairanlah mengapa hak-hak rakyat dinafikan.

Hak-hak pelajar untuk mendapat biasiswa dan hak-hak rakyat miskin untuk mendapat pembelaan sama sekali tidak terbela dek kerakusan mereka. Berikutan itu rakyat mula sedar dan mula bangkit menentang kerajaan UMNO/BN yang zalim,mengamalkan rasuah,kronisme,salah guna kuasa dan pemimpin-pemimpin yang tidak berakhlak.

Disini rakyat mula sedar hanya Politik Islam yang mampu mengubah keadaan ini sekaligus menjatuhkan Kerajaan zalim UMNO/BN yang mengamalkan Politik kotor dan jijik.

Maka muncullah Parti Islam Semalaysia(PAS) yang bertindak untuk menghapuskan politik kotor UMNO/BN ini. PAS telah menjadi peneraju kerana mengamalkan politik bersih yakni politik berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.

PAS telah membuat pakatan dengan parti-parti politik yang mempunyai agenda keadilan dan kesaksamaan seperti Parti Keadilan Nasional dan DAP kerana PAS ingin menerapkan motto mereka iaitu ‘PAS Untuk Semua’ atau lebih tepat lagi ‘Islam Untuk Semua’.

Pakatan ini diberi nama ‘Pakatan Rakyat’ dan idea nama itu dicetuskan Presiden PAS sendiri yakni Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang. Pakatan ini telah mencapai matlamat PAS iaitu ‘Islam Untuk Semua’ apabila golongan Non-Muslim mula menunjukkan minat mendalami Islam dan ingin mempelajari Al-Quran apabila mereka nampak ciri-ciri keadilan dan kesaksamaan dalam Islam. Ini terbukti apabila ada pemimpin Non-Muslim dari Pakatan Rakyat yang bersemangat membaca petikan Al-Quran serta tafsirnya sewaktu siri-siri ceramah politik mereka. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti kompenan didalam BN. Ini menampakkan politik Islam mampu menarik minat Non-Muslim kepada Islam.

Ini juga menjadikan Pakatan Rakyat semakin kuat dan berkesan.Umat Islam di Malaysia pula mula sedar tentang politik Islam yang PAS perjuangkan.PAS mula mendapat sokongan golongan-golongan muda yang dahagakan keadilan sekaligus ingin mermartabatkan agama Islam yang syumul selaras perjuangan Rasul junjungan Nabi Muhammmad S.A.W.

Kepimpinan Ulama mula dipandang tinggi.Ulama mula menjadi ikon golongan muda.PAS dilihat mereka parti Islam yang membawa wacana Politik bersama Dakwah dan Tarbiyah kepada ahli-ahlinya.Ini berbeza sewaktu berada dibawah kepimpinan Dato Asri Muda disuatu ketika dulu. PAS pada ketika itu lebih kepada agenda Kemanusiaan,namun akibat tentangan dari ahli-ahli PAS sendiri yang ingin memperjuangkan agama akhirnya mereka menolak usul Nasionalisme yang ingin dibawa Dato Asri Muda.

Tampuk kepimpinan telah digantikan dengan Ulama dan sehingga kini perjuangan PAS banyak dipengaruhi oleh perjuangan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang mengasaskan pergerakan Islam ‘IKHWAN AL MUSLIMIN’ yang mengambil peranan politik di Mesir. Namun akibat sepak terajang politik kotor pemimpin sekular Mesir banyak tindakan-tindakan zalim yang dilakukan terhadap ahli Ikhwan Muslimin,mereka telah dipenjara dan dihukum, pertubuhan Ikhwan Muslimin telah diharamkan dan termasuklah pembunuhan kejam terhadap pengasasnya Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang gugur sebagai syahid apabila beliau ditembak diluar banggunan Ikhwan Muslimin.

Namun begitu Ikhwan Muslimin tidak sesekali menyerah kalah walaupun pelbagai kezaliman yang harus mereka tempuhi, daulah Islamiyah tetap akan diperjuangkan kerana mereka yakin dengan janji syurga ALLAH terhadap umat yang berjihad menegakkan agamaNya.

Kita umat Islam di Malaysia seharusnya mengambil contoh perjuangan para Ikhwan,kita harus bersatu bersama PAS yang membawa agenda Politik Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menjatuhkan UMNO/BN yang membawa politik kotor lagi mengotorkan.Takbir!!!

2 comments:

Ayid said...

Antara perbezaan Politik PAS vs UMNO.

1. PAS sedia maklum politik di anggap siasah, ianya memperjuangkan yang hak dan menidakan yang bathil, berpandukan Quran dan sunah.

2. Jemaah dalam PAS dianggap sebagai wadah untuk memperjuangkan Islam. Jika Islam tertegak PAS adalah wadah nya dalam siasah islam. Kita perlu berjemaah untuk menegakkan Islam. Siasah dalam Islam tidak menutamakan sifat Asobiah.

3. UMNO BN. Mereka mengamalkan sikap politik Asobiah. Perjuangan mereka tidak berfaksikan Quran dan Sunah. Mereka dari dulu menolak Islam dan mengambil faksi perpaduan

4. UMNO tidak faham langsung, maksud syariat Islam dengan Siar Islam. Mereka mengatakan mereka telah menegakan siar islam, seperti mendirikan masjid dan ,emgadakan sek Agama(Petikan Kata Tan Sri TPM)tapi mereka tinggalkan syari'at Islam

Na'im Nikmat said...

Setuju 100%