Pemimpin Pakatan Rakyat diminta bertegas dalam isu undi pos dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Ini kerana secara logiknya, undi pos adalah menjadi penyelemat kepada mana-mana pemimpin BN yang nasib mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.
Oleh itu, desakan supaya undi pos dibatalkan terutamanya bagi kalangan anggota tentera dan polis adalah penting jika kita mahu melihat kesinambungan pilihanraya yang adil dan saksama terlaksana. Pakatan Rakyat perlu mendesak dan membawa memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai jalan penyelesaiannya.
Mereka tidak harus berjuang sekerat jalan sahaja jika mahu melihat keadilan dapat ditegakkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Rasionalnya undi pos ini perlu dihapuskan ialah kerana zaman ini adalah satu era teknologi maklumat dan bukannya zaman nenek moyang kita dahulu kala yang memerlukan undi pos bagi mengelakkan anggota polis dan tentera membuang undi secara biasa untuk mengawal keselamatan negara.
Kini, mereka boleh mengundi tanpa halangan dan masalah, makanya adalah lebih elok undi awam dilaksanakan segera untuk mengelakkan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selama-lamanya.Rakyat terus ditipu dengan satu kemenangan yang "tidak adil" sebenarnya. Ramai pemimpin UMNO yang menang hasil "manipulasi" undi pos sebenarnya. Malah, Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah diselamatkan oleh undi pos pada pilihanraya umum ke-10 dulu.
Beliau yang tewas dengan kiraan asal kepada calon PAS di Parlimen Pekan ketika itu, akhirnya menang dengan kelebihan 241 undi selepas satu peti undi pos tiba lewat malam hari pengiraan tersebut. Bukankah ini sesuatu yang cukup memusykilkan sebenarnya. Tambah mengejutkan SPR pula didapati telah bersekongkol dengan Najib bagi memastikan pemimpin itu menang dalam setiap kali pilihanraya selepas ini.
Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihanraya. SPR telah memasukkan kawasan undi pos tentera di Kem Batu 10, Kuantan ke dalam Parlimen Pekan. Kawasan itu jelas terletak dalam daerah Kuantan dan berada dalam Parlimen Paya Besar yang diwakilik oleh Siti Zaharah Sulaiman ketika itu.
Tindakan SPR ini menyebabkan Najib akan menang selesa dalam setiap kali pilihanraya diadakan, kerana kawasan tentera itu mempunyai lebih dari 10 ribu pengundi pos yang berdaftar. Bagi menghalalkan kaedah mereka, SPR telah mewujudkan satu lagi DUN dalam Parlimen Pekan yang dikenali sebagai DUN Pulau Manis.
Bukankah ini semua bukti jelas satu pakatan licik SPR untuk memastikan kemenangan besar Najib Razak yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.
Tindakan yang dilakukan oleh SPR ini adalah jelas sekali satu perbuatan khianat terhadap pemimpin yang sudah ditolak rakyat sebenarnya. Undi pos berjaya memastikan Najib Razak terus berkuasa di Parlimen Pekan, biarpun beliau sebenarnya sudah ditolak secara total oleh rakyat di kawasan itu. Apakah kita harus melihat perkara ini terus berlaku tanpa satu tindakan serius untuk menghalangnya.
Banyak lagi kawasan tentera yang memenangkan pemimpin UMNO yang sudah "tidak laku" sebenarnya. Malah, kemenangan Khairy Jamaluddin terhadap Chegu Bard di Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum ke-12 dulu pun juga ada dikhaitkan dengan pengaruh undi pos tentera. Sebagai status "menantu PM" ketika itu, Khairy difahamkan telah mengarahkan SPR memasukkan undi pos tentera yang dicuri dari kawasan parlimen Teluk Kemang ke Rembau.
Hasilnya calon BN di Teluk Kemang telah tewas biarpun ada undi pos sebanyak 5,000 dan Khairy menang di Rembau. Maka itu, hari ini disaat pilihanraya kecil DUN Bagai Pinang yang terletak dalam Parlimen Teluk Kemang itu bakal kita saksikan. Maka, sudah pastu undi pos tentera sekali lagi akan menjadi cabaran besar buat Pakatan Rakyat. Ini kerana terdapat maklumat bahawa undi pos, sama ada polis atau tentera sebenarnya telah dibuat secara tidak telus dan penipuan semata-mata.
Kebanyakan undi pos telah dibuat oleh pegawai tertinggi kem-kem terbabit dan bukan pengundi berdaftar berkenaan. Malah mereka tiada hak untuk membuat sebarang bantahan atau sebagainya. Justeru itu jugalah kita melihat bahawa banyak undi pos tentera berpihak kepada BN sepenuhnya. Ini kerana bukan pengundi pos terbabit yang mengundi, tetapi telah ada pegawai hantu yang melakukan tugasan tersebut untuk mereka. Apakah ini satu keadilan dan ketelusan yang diperkatakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selama ini sebenarnya?.
Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com
No comments:
Post a Comment