Tuesday, August 11, 2009

Mereka hidup dan tidak mati.

Mereka hidup, tidak mati.

Mereka hidup, tidak mati.









Bersabda Nabi Muhammad S.A.W:

Dari ibu kepada Harithah ra, dia datang bertemu Rasulullah saw dan berkata, “Ya Nabi Allah! Bolehkah engkau ceritakan mengenai Harithah (yang terbunuh di Perang Badar oleh panah yang tidak diketahui penembaknya). Sekiranya dia di Syurga, aku akan bersabar. Sekiranya tidak, aku akan menangis sekuat-kuatnya demi mengenangkan dia”. Nabi saw bersabda, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya ia adalah taman di dalam Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Syurga Firdaus yang tertinggi” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari).

Dari Abu Said Al-Khudry ra berkata, “Mahukah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik manusia dan sejahat-jahat manusia. Dari sebaik-baik manusia ialah lelaki yang bekerja (berperang) di Jalan Allah di atas kuda, unta atau kakinya sendiri sehingga bertemu syahid. Dari sejahat-jahat manusia ialah lelaki yang membaca Kitab Allah (Al-Quran) namun dia tidak mendapat apa-apa ransangan darinya” (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari Sahl bin Hunaif ra berkata : Sabda Nabi saw, ” Sesiapa yang meminta Allah untuk mati syahid dengan sebenar-benarnya, Allah akan menyampaikannya ke mertabat Syuhadak walaupun dia mati di atas katilnya (mati biasa)” (Hadis diriwayatkan dalam Sunan Sittah kecuali Al-Bukhari).

Dari Al-Miqdam bin Muad Yakrab berkata : Bersabda Rasulullah saw, “Untuk seorang syahid disisi Allah ada 6 kelebihan (1) Diampunkan dosanya serta merta, (2) Dia melihat tempat duduknya di dalam SYurga, (3) Dilindungi dari azab kubur, (4) Dia diberi keamanan di Hari Goncangan Dahsyat, (5) diletakkan dikepalanya mahkota dari permata yang lebih baik dari seisi dunia, (6) Berkahwin dengan 72 isteri dari Hur Ain (bidadari), (7) Dia memberi syafaat kepada 70 orang dari sanak saudaranya” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Semoga setiap kita mempunyai slogan perjuangan ini:
“ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!

2 comments:

Unknown said...

Semuanya senyum tanda gembira.Semoga Allah tempatkan kita bersama mereka di syurganya suatu hari nanti,insyaallah.Allahuakbar!!

Na'im Nikmat said...

Itulah setinggi-tinggi pengharapan kita Amin.