Thursday, August 13, 2009

Jangan Ingat PAS mudah UMNO pengaruhi: TGNA

PAS Tak Mudah Dipengaruhi Keluar Pakatan :YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

KOTA BAHARU, 11 Ogos (Bernama) -- Pas tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada pakatan pembangkang, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Pas tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita, di sini hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa Pas supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap Pas.

Nik Aziz berkata keputusan Pas tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu.


1 comment:

Briged Akhdor LR2 said...

pas bukan baru dalam politik..pas akan tetap kukuh insyaallah..