Wednesday, July 29, 2009

PEMUDA UMNO PERAK HARAP CERMIN DIRI


Inilah wajah-wajah tindak tanduk UMNO yang menyebabkan orang bukan Islam menyampah dengan slogan "keadilan dalam Islam", "Islam cara hidup", "Islam Rahmat Sekian Alam" dan banyak lagi slogan yang terpampang di kain rentang, bunting atau spanduk ketika menyambut hari-hari seperti mengingati Maulidur Rasul, Isra' mikraj, Maal Hijrah dan Nuzuk Quran.

Di mana maruah dan harga diri kita sebagai seorang yang mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH.

Bukankah kita diingatkan bahawa:


"berlaku adillah kamu, kerana ia hampir kepada TAQWA"






"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang

yang menegakkan KEADILAN kerana Allah, lagi menerangkan KEBENARAN dan jangan

sekali-kalikebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak

melakukan KEADILAN. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap

adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah


Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Al Maidah:8



" Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa

menegakkan KEADILAN, lagi menjadi saksi (yang menerangkan KEBENARAN) kerana Allah,

sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah

orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada

menjadi saksi yang memperkatakan KEBENARAN disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana

Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa

nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari KEADILAN. Dan jika kamu memutar-balikkan

keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa

Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. "


( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #135)

Sumber:http://drhalimahali.blogspot.com

No comments: