Tuesday, June 23, 2009

UBN dan media-media kroni berputih mata.

Kesepakatan pemimpin-pemimpin PR untuk menolak cadangan 'Kerajaan Perpaduan' telah membuatkan UBN dan media-media kroninya kini berputih mata.Tiada lagi isu untuk melaga-lagakan jemaah PAS serta penyokong-penyokongnya. Apa lagi ingin dimanupulasi? PR telah menolak UG,TGNA telah menarik balik gesaan supaya Tim.Persiden PAS yakni Nasha berundur. Tindakan PR menyatakan kesepakatan dilihat amat bijak untuk menghadapi PRK di Manek Urai.Alhamdulillah kini segala kekusutan telah terlerai berkat doa insan yang sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Semoga tiada lagi anasir2 jahat yang dapat menggugat kekuatan jemaah PAS InsyaALLAH dan marilah kita sentiasa bermuhasabah dengan Firman ALLAH kerana disitu terdapat jawapan bagi masalah-masalah dunia:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah Al-Hujuraat ayat 10-12)

No comments: