Thursday, June 18, 2009

UBN bersorak dan berpesta......

UBN pastinya sangat gembira kerana perangkap yang dipasang sudah mengena. Objektif mereka melaga-lagakan ahli dan penyokong PAS berjaya. Sungguh hebat mereka menggunakan media-media mereka sehingga suasana menjadi kalut. Ramai yang ingin tunjuk pandai dalam mentafsir situasi mengikut akal fikiran tapi tak pernah berbalik kepada Al-Quran dan Hadis. Ramai juga yang tidak mahu mengambil pengajaran seperti apa yang terjadi pada Saidina Ali dan Saiditina Aishah. Orang ketiga pantas mengambil peluang melaga-lagakan mereka dan akhirnya terkorbanlah ramai muslimin termasuk sahabat Nabi S.A.W. Tolonglah kembali kepada Al-Quran disitu terdapat penyelesaian. Firman ALLAH S.W.T:

'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.'

'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim'.

'Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani'.
(Surah Al Hujuraat ayat 10-12)

Janganlah dikeruhkan keadaan carilah jalan pendamaian tolonglah.............

2 comments:

al-Amin said...

salam...
moga2 ALLAH swt mjauhkan pejuang2 islam
dari kejahatan musuh2 islam....
amin~

Na'im Nikmat said...

Amin,InsyaALLAH mari kita panjatkan doa semoga perjuangan pejuang2 Islam dijauhi anasir2 jahat..Amin