Friday, June 5, 2009

Siapa Ulama'?

Terdapat pelbagai takrif mengenai pengertian Ulama' sejak kebelakangan ini.Terdapat juga suara-suara yang membezakan Ulama' dan golongan Profesional.Mereka seolah-olah mahu memisahkan kedua-dua golongan ini dari bersatu.Aku menyokong apa yang diucapkan oleh TGNA bahawa golongan Ulama' dan Profesional tidak perlu dipisahkan kerana Islam tidak pernah memisahkan kedua-dua golongan ini tetapi yang memisahkan golongan ini ialah prinsip Sekularisme seperti yang diamalkan golongan Kristian sekarang.Takrif yang lebih terbuka tentang Ulama' ialah mereka adalah golongan yang takutkan ALLAH S.W.T dan mengajak supaya masyarakat takutkan ALLAH S.W.T. Mereka sangat sayang dan cinta pada Rasullullah S.A.W dan mereka mengajak masyarakat supaya sayang dan menanam kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Adakah terlalu susah untuk kita memahaminya jangan sesekali terpedaya dakyah-dakyah musuh Islam kerana Firman ALLAH S.W.T:


Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Surah Al-Baqarah ayat 8-10)

No comments: