Wednesday, June 10, 2009

Negeri Perak 50 tahun lebih bersama UMNO/BN dan 9 bulan bersama PR bagai langit dan bumi.

Sudah hampir 50 tahun lebih negeri Perak ditadbir oleh UMNO/BN.Sejarah membuktikan bahawa UMNO/BN tidak mampu ganggu gugat oleh mana-mana pihak sejak 50 tahun kebelakangan yang lalu.Namun akibat dasar politik kotor yang diamalkan oleh UMNO/BN mereka mendapat hukuman dari rakyat Perak yang telah muak dan jijik dengan amalan rasuah,kronisme,menghabiskan wang rakyat sesuka hati dan politik kotor mereka.PRU ke-12 telah mengubah sejarah kekuasaan UBN di Perak.Majoriti rakyat Perak telah memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya membolehkan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan dinegeri Perak. Rakyat gembira dan bangga kerana apa yang diimpikan mereka telah menjadi kenyataan. Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri Perak dengan penuh berhemah.Semua kaum merasakan keadilan tidak seperti waktu UBN berkuasa hanya Kroni-kroni dan ahli-ahli UBN yang mendapat nikmat dari mereka. Disebalik kejayaan Pakatan Rakyat puak-puak UBN merasa tidak keruan kerana jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Perak dan dapat memuaskan hati rakyat maka UBN akan kehilangan Perak dan Malaysia pastinya untuk selama-lamanya. Suatu konspirasi jahat telah dirangka bagi memastikan Kerajaan pilihan rakyat ini tumbang.Maka terjadilah peristiwa yang telah merubah senario politik di Perak. Tiga ADUN Pakatan Rakyat telah membelot perjuangan Pakatan Rakyat semata-mata demi habuan dan kuasa yang dijanjikan UBN.Maka secara haram negeri Perak dirampas oleh UBN. Namun rakyat negeri Perak tidak sesekali merestui perbuatan busuk UBN. Dalam tempoh tidak sampai setahun berkuasa Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya melaksana apa yang tidak mampu dilakukan UBN yakni keadilan kepada semua kaum-kaum tanpa mengira latar belakang politik mahupun pangkat.

Bukti-bukti kejayaan Kerajaan Pakatan rakyat berbanding UBN.
1)Kutipan Hasil Negeri perak bertambah kepada RM636 juta. Rakyat Perak yakin kerajaan PR akan menggunakan duit hasil cukai untuk kepentingan rakyat
2)
Bajet kebajikan untuk rakyat.Perbelanjaan menurun pendapatan meningkat
3)
Pendapatan hasil sumber hutan selama 9 bulan sebanyak RM40 juta.
4)
Meningkatkan martabat Sekolah Agama Rakyat peruntukan RM1.3 juta untuk SAR. RM4.09 juta untuk elaun penyelia dan guru KAFA dan Bantuan Perkapita pelajar-pelajar SAR. RM250,000 untuk elaun guru-guru tadika Islam.
5)
Pelabur asing berminat melabur di Perak. Sebanyak RM3,130,017 Bilion pelaburan asing mampu dijana oleh PR dari Januari hingga Disember 2008. Petikan ucapan Dato, Chiang Jung Hsun, Pengusaha I-Con Food Ent Sdn.Bhd “Sekiranya Kerajaan PR Perak memerintah negeri ini setahun yang lalu maka telah banyak pelabur dating melabur disini lebih-lebih lagi dari Taiwan”
6)Beri Skim Takaful Kilafah.RM1,000 untuk menampung pengebumian warga emas berumur 65 tahun ke atas dari golongan miskin tanpa mengira agama,bangsa mahupun ideologi politik.
7)
Beri dermasiswa sebanyak RM1,000 untuk seorng pelajar yang Berjaya ke IPTA.20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM750 sebulan
8)
20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM750 sebulan.
9)
Amalkan perbelanjaan berhemah dan telus.Berjaya mengurangkan hutang kerajaan yang dibuat BN.
10)
Kutipan zakat meningkat.Hanya 9bulan memerintah mampu mengumpul RM57 juta untuk manfaat rakyat.
11)
Meluluskan tanah untuk Tanah Kampung Tersusun,Tanah kampong Baru,1000 hektar untuk Sekolah SAR dan SUWA, 45 hektar untuk Pondok Pak Teh.

No comments: