Tuesday, April 21, 2020

KRISIS COVID-19: RAKYAT LUAR CEMBURU DENGAN RAKYAT MALAYSIA DISEBABKAN INI.

Foto-Facebook


Negara luar yang ada sistem perubatan paling canggih No.1 di dunia pun tidak dapat berikan  perkhidmatan yang terbaik seperti yang dilakukan oleh Malaysia.

Ini perkongsian Firdaus Mohd:

Kat US dan ITALI, apabila disahkan positif Covid19, namun hanya mengalami simptom tidak serius, pesakit disuruh kuarantin diri sendiri kat rumah.

Hanya kes2 simptom serius akan dimasukkan kat hospital.

Di MALAYSIA, disahkan positif je, kita akan diasingkan dipusat kuarantin, diberi makan 4 kali sehari, diperiksa dan di awasi 24jam sehari oleh doktor dan jururawat sampai pesakit itu pulih sepenuhnya.

 Lepas pulih, diberi pulak kaunseling, dilawat pulak kakitangan KKM untuk memastikan mereka tidak mengalami sebarang komplikasi ulangan.

Semua nie free, tak perlu bayar
sesen pun.

Kita mungkin tak secanggih tahap dan taraf penjagaan kesihatan negara2 barat tapi kita terbaik dalam kategori prihatin, malah lebih proaktif daripada majoriti
negara lain.


Bangga jadi rakyat Malaysia. Tapi yang peliknya ada juga segelintir manusia yang tidak bersyukur (kluster kayangan).

Sekian.






No comments: