Sunday, April 19, 2020

BERDOA AGAR COVID-19 TERUS KEKAL DAN RAMAI DIJANGKITI SUPAYA TERUS DAPAT CUTI.


Foto-Facebook

Musim PKP ni muncul bermacam-macam jenis manusia.

Ada yang ingkar PKP kemudian rajin dan bangga post dekat media sosial.

Yang terbaru ni muncul pula seorang manusia yang berdoa agar Covid-19 terus kekal dan lebih ramai dijangkiti supaya dia terus dapat cuti.

Disaat frontliner berkorban tinggalkan anak bini dan berharap semua berakhir dengan cepat rupanya ada manusia yang mahu musibah ini terus kekal.

Tak tahulah samada dia ni memang tidak tahu adab berdoa atau sengaja nak mengundang murka Allah SWT dengan doa mengundang bala seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin ada orang anggap benda ini kecil tapi bagi aku perbuatan mempersendakan doa ini adalah perbuatan keji dan mungkar.

Tak tahulah anak siapa...

2 comments:

Rindu kerja said...

Budak ni kalau aku jumpa mau kena pijak dengan aku ni!!!Orang dah penat PKP...dia pulak buat lawak bodoh..sewel ke apa dia ni???.

Anonymous said...

Letak sebiji covid dalam tekak dia senang boleh cuti panjang tak payah susah banyak pihak