Foto-Facebook
Dimohon agar ibu bapa pantau kelakuan anak-anak anda agar tidak memalukan keluarga dan diri sendiri.
Sebaiknya masa terluang semasa PKP ini diisi dengan pengisian agama dan ulangkaji pelajaran.
Tangkapan foto daripada Video yang tular dimedia sosial diatas memaparkan seorang budak lelaki yang semacam orang sasau berkali-kali mengungkapkan kata² "B nak sayang" sambil memasukkan gunting kedalam mulut dan beberapa kali mengetuk kepala dengan besi.
Untuk pengetahuan generasi lama, B adalah singkatan daripada perkataan "baby" atau kata ganti diri seorang pakwe kepada aweknya atau sebaliknya.
Rasa meluat dan mual bila lihat budak yang masih muda dan berwajah keanak-anakan tapi sudah pandai bermain cinta dan dan seolah-olah sasau kerana cinta.
Walaupun begitu aku rasa kita masih ada harapan bila lihat berita dibawah ini pula.
Rasa lega sebab masih ada kanak-kanak yang berusaha menyumbang untuk negara diwaktu musibah yang sedang melanda negara.
Alangkah sejuknya perut ibu yang mengandung bila anak yang dilahirkan mampu berbakti untuk negara seperti ini:
Foto-Malay Mail
Disaat kanak-kanak lain sibuk dengan gajet dan kerja-kerja lain yang tidak berfaedah muncul Afia seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang gigih menjahit PPE untuk kegunaan barisan hadapan.
Sumber:
Video:
No comments:
Post a Comment