Thursday, November 21, 2019

62 TAHUN KITA MERDEKA TAPI MASIH TIADA AKTA HALANG MAJIKAN SEKAT PEKERJA MUSLIM SOLAT JUMAAT.

Foto-Pexels

Perbahasan dalam parlimen menjadi gamat apabila  salah seorang ahli parlimen pembangkang (YB Tumpat) bertanyakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia.

Soalan yang ditanya adalah mengenai akta yang menghalang majikan daripada menyekat perkerja muslim menunaikan solat jumaat?

Soalan ahli parlimen pembangkang itu kemudiannya dijawab sendiri oleh Menteri tetapi jawapan itu telah mengundang ketidakpuasan kerana menteri  itu hanya membaca nota tentang garis panduannya tanpa menjawab soalan yang ditanya. (Video disini)

Keadaan menjadi semakin tegang apabila salah seorang ahli parlimen kerajaan yang mempertikai tindakan wakil pembangkang itu.

Walau bagaimanapun keadaan berjaya diredakan oleh speaker.

Apa yang mengejutkan aku ternyata tiada langsung akta yang menghalang majikan daripada menyekat pekerja Muslim untuk menunaikan solat jumaat.

Fakta ini betul-betul mengejutkan ummat Islam sebenarnya, bayangkan negara majoriti Muslim dan perlembagaan negara yang telah termaktub bahawa Islam adalah agama negara tetapi tiada satu pun akta untuk memastikan Ummat Islam dapat melaksanakan tanggungjawab menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang sekatan daripada pihak majikan mereka berkerja.

Tidak perlulah kita menuding jari kepada sesiapa kerana ketiadaan akta ini adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Islam yang sekian lama menguasai pentadbiran kerajaan tetapi langsung tidak pernah memikirkan nasib perkerja Muslim yang disekat daripada menunaikan solat Jumaat.

Sekian.


4 comments:

Warga tua pesara Kerajaan said...

Kalau dari dulu-dulu lagi perkara ini diusulkan kepada majlis raja-raja mungkin hasilnya positive. Nawaitu MP yang kemukakan soalan tersebut juga diragukan samada kerana politik atau kerana Allah SWT. Pembangkang dari BN macam mana? sebelum PRU14 pernahkan usul tersebut dibentangkan. Noktah.

na'im nikmat said...

Benar Tn, kesalahan sebenar ialah kesalahan pemimpin Islam dalam Parlimen, mereka diangkat menjadi pemimpin dan sepatutnya mereka cakna dengan masalah ummat Islam.

Mereka dibayar gaji dan elaun termasuk pencen tidakkah mereka takut akan disoal di akhirat kelak...

Anonymous said...

Isu disini adalah ekonomi. Pelabur pasti tidak gemar jika diwajibkn memberi kelepasan tambahan ketika hari jumaat. Lebih baik jadikan hari hari jumaat sebagai cuti menggantikan hari ahad di seluruh negara.

RauKoyan said...

Itu kesilapan BN selama mereka memerintah Malaysia. Sekarang kesilapan yang sedemikian sudah membawa banyak kerosakan kepada sosio ekonomi orang Melayu. Dominasi politik orang Melayu mengambil langkah menongkah arus dengan politik ala feudalisma.Bila PH memerintah, pendirian kerajaan yang baru adalah membawa Malaysia ke arah kemajuan untuk kemakmoran rakyat. Apakah BN berterusan memberi gambaran agama islam terancam di bawah pentadbiran PH? Sedangkan semasa mereka memegang tampok pentadbiran islam tidak diberi keutamaan? Ingat Memali, ingat pengharaman Al-Arqam?. Apa lagi tentang hak pekerja muslim untuk sembahyang Jumaat.

BN bertanggongjawab kerana menjadikan islam di Malaysia satu bahan lawak jenaka penglipur lara. Ingat Memali? Ingat peristiwa pengharaman Al -Arqam, itu manifestasi politik tidak matang, kenapa kerana nyamok, kelambu dibakar?.