Thursday, November 21, 2019

BUKTI SEGELINTIR PENYOKONG PASUKAN GARUDA INDONESIA YANG TIDAK BERTAMADUN (GAMBAR)



Foto - berita harian

Penyokong Indonesia rosakkan 44 kerusi stadium bernilai RM11,000.

Berita harian melaporkan bahawa sebanyak 44 kerusi yang bernilai kira-kira RM11,000 dirosakkan oleh penyokong Indonesia.

Kejadian berlaku ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan skuad Garuda 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Persoalan yang timbul ialah dimana hilang sifat bertamadun dan sifat bertanggungjawab ketika berkunjung ke tempat orang?

Kelakuan penyokong pasukan Garuda itu menunjukkan bahawa mereka langsung tidak menghormati Malaysia selaku tuan rumah.

Ya kita tidak katakan bahawa semua penyokong Garuda bersikap sedemikian tetapi natijah kepada perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Garuda itu telah menimbulkan implikasi yang buruk dan negatif terhadap hubungan baik sesama negara.

Penyokong Garuda mahupun Harimau Malaya seharusnya membuang sikap fanatik dan sepatutnya menjadikan sukan sebagai medium perpaduan.

Kalah dan menang itu adat dalam sukan dan pasukan Harimau Malaya telah menang kerana kesungguhan mereka.

Diharap penyokong Garuda terima hakikat itu dengan hati yang tenang walaupun sebenar pahit untuk menelan kenyataan bahawa Harimau Malaya telah membaham Garuda dengan rakusnya (maaf tetapi itu kenyataan).

Sekian.


1 comment:

Lone ranger pomen said...

Ape lagi, panggil la kerajaan wak kang bayar ganti rugi. Wak kang tu Indon pada Yg tak Tau.. Duit Yg jho low curi pun berbilion boleh ambik balik. Takkan 11k tak bleh. Tu je caranya. Nak ajar org dtg Dari hutan. Mcm tu je... Biar lepas ni kerajaan wak kang tau nak kawal org hutan dari biar masuk bandar.