Semakin moden dunia, pemikiran manusia pula semakin terkebelakang.
Sepatutnya semakin moden dunia semakin berkembang dan semakin bertamadun pemikiran manusia.
Seperti yang telah dipetik daripada laman web yahoo! news, itulah yang sedang berlaku di Amerika apabila Mahkamah meluluskan tuntutan gerakan yang menuntut hak wanita untuk mempamerkan tubuh badan mengikut kehendak mereka.
Gerakan itu yang menamakan gerakan mereka sebagai 'Free The Nipple' Movement yang menuntut hak sama rata dikalangan wanita untuk bebas mempamerkan payudara mereka pada khalayak awam.
Bagi mereka jika lelaki mendapat hak mempamerkan tubuh badan mereka maka kaum wanita juga perlu diberi hak yang sama.
Atas nama kebebasan dan hak asasi manusia nampaknya segelintir manusia menggunakan alasan itu untuk mengikut hawa nafsu.
Sebenarnya ini semua adalah tipu daya iblis dan syaitan untuk menyesatkan umat manusia.
Kita di Malaysia pun tidak kurang hebatnya dengan gerakan menuntut kebebasan hak asasi manusia namun apa yang kita dapat lihat tuntutan mereka sebenarnya lebih kepada tuntutan untuk menurut nafsu serakah.
Kononya mereka ingin mengangkat martabat wanita tetapi sebenarnya mereka sedang meruntuhkan maruah dan akhlak para wanita.
Antara tuntutan yang dituntut ialah LGBTQ iaitu kebebasan menukar jantina, kebebasan melakukan seks luar tabie dan kebebasan melakukan apa sahaja untuk menurut hawa nafsu mereka.
Apa yang perlu kita buat untuk menangani anasir-anasir yang merosakkan masyarakat ini?
Kembalilah kepada agama dan fitrah kejadian manusia, kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah dan berjuanglah untuk menegakkan Islam kerana Islam adalah penyelamat dikala masyarakat moden yang sedang sakit kerana menurut hawa nafsu.

Foto hiasan
Perumpamaan wanita yang mendedahkan tubuh sama seperti makanan terdedah yang dihurungi lalat.
Atas nama kebebasan dan hak asasi manusia nampaknya segelintir manusia menggunakan alasan itu untuk mengikut hawa nafsu.
Sebenarnya ini semua adalah tipu daya iblis dan syaitan untuk menyesatkan umat manusia.
Kita di Malaysia pun tidak kurang hebatnya dengan gerakan menuntut kebebasan hak asasi manusia namun apa yang kita dapat lihat tuntutan mereka sebenarnya lebih kepada tuntutan untuk menurut nafsu serakah.
Kononya mereka ingin mengangkat martabat wanita tetapi sebenarnya mereka sedang meruntuhkan maruah dan akhlak para wanita.
Antara tuntutan yang dituntut ialah LGBTQ iaitu kebebasan menukar jantina, kebebasan melakukan seks luar tabie dan kebebasan melakukan apa sahaja untuk menurut hawa nafsu mereka.
Apa yang perlu kita buat untuk menangani anasir-anasir yang merosakkan masyarakat ini?
Kembalilah kepada agama dan fitrah kejadian manusia, kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah dan berjuanglah untuk menegakkan Islam kerana Islam adalah penyelamat dikala masyarakat moden yang sedang sakit kerana menurut hawa nafsu.
1 comment:
Dh name negara bukan Islam.. Lantakdiala.. Lainla negara Islam tu yg pelik.. Belambak negara eropah sejak dulu lagi bebas tayang sana sini.. Jgn jadi pelik.. Yg peliknya anda.
Post a Comment