Wednesday, April 28, 2021

TIDAK MINTA PENJELASAN DIA TERUS KOMPAUN RM50 RIBU?

gambar-bh online

LAGI KES PENIAGA KECIL DIKOMPAUN RM50 RIBU.


"Saya terkejut dan terkedu melihat jumlah kompaun yang dikenakan, sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun susah kerana berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.


"Sebenarnya ketika anggota polis tiba,saya sudah menutup kedai jam 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.


"Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mohd Azizi berkata, dia yang mempunyai lima anak yang masih bersekolah selain perlu menanggung tiga anak saudara sudah tentu tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.


"Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih rela memilih untuk masuk penjara.

Sumber- bh online

No comments: