Saturday, May 30, 2020

5 TAHUN BERSABAR AKHIRNYA MELETUP, 5 DITIKAM KERANA BUAT BISING.



Foto-Facebook

SEPANG:Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan nekad menikam lima remaja yang juga jirannya serta rakan mereka dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising, terutama pada waktu malam sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan.

"Suspek juga dikatakan rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.


"Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber: Fb Bagan Serai Kampung Halamanku

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1032209080280230&id=324628477704964

Tahap kesabaran setiap orang hadnya, bertimbang rasalah dalam hidup berjiran.

Nasib baik tiada kemalangan jiwa. Seeloknya jika kita berhadapan dengan masalah seperti itu langkah terakhir selepas nasihat ialah membuat laporan Polis terhadap bunyi bising yang mengganggu itu.

Dan seeloknya janganlah ambil tindakan sendiri. Dalam keadaan kita marah itu sudah pasti ada bisikan syaitan. Seeloknya redakan kemarahan dengan wudhuk dan ingatlah pesanan Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda:

Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah. -Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)


COVID-19: 98% BERPUAS HATI DENGAN TINDAKAN KERAJAAN MENANGANI PANDEMIK.


Foto-PHM

Mengejutkan. 

Undian awam yang telah dilakukan oleh PHM bermula semalam sehingga hari ini menunjukkan 98% rakyat Malaysia berpuas hati dalam tindakan Kerajaan, KKM dan Agensi-agensi frontliner dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia. 

Tindakan kerajaan bermula dengan PKP pada bulan Mac sehingga PKPB pada bulan ini telah berjaya di dalam matlamat "flatten the curve". 

Sokongan yang diberikan kepada kerajaan dan agensi front liner oleh rakyat Malaysia ketika ini adalah sangat tinggi dan tidak berhenti setakat itu. Rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dengan mematuhi SOP norma baru.  Kesan daripada PKPB yang bermula pada 4 Mei dapat kita sama-sama lihat pada hari ini. 

Kami mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan dan semua agensi frontliner atas segala pengorbanan yang telah dilakukan untuk melindungi rakyat daripada wabak pandemik ini. 

Sumber: Public Health Malaysia

Friday, May 29, 2020

COVID-19: INILAH KATA-KATA SEMANGAT FRONTLINER MALAYSIA KEPADA FRONTLINER INDONESIA.


Foto- FB Hafez Armstrong Dharul

Susulan trending #Indonesia?? Terserah... Suka-suka kalian... Luahan frontliner Covid-19 Indonesia yang kecewa dengan sikap segelintir rakyat Indonesia yang tidak mengamalkan penjarakan sosial ditempat awam, tampil frontliner Malaysia memberi kata-kata semangat kepada barisan hadapan Covid-19 di Indonesia.

Inilah kata-kata semangat daripada frontliner Malaysia:

Kami sokong

Indonesia bisa 

Jangan putus asa 

Kita pasti menang

Itulah kata-kata semangat daripada rakan frontliner Malaysia yang tahu keperitan yang dilalui rakan frontliner mereka dari Indonesia itu.

Kita di Malaysia beruntung kerana peratusan yang degil dan tidak patuh terhadap SOP di Malaysia adalah rendah  jika dibandingkan dengan Indonesia.

Namun kita tidak boleh mendabik dada kerana perjuangan ini masih jauh seperti kata Ketua Pengarah KKM kita. 

Sama-samalah kita berdoa agar rakyat dan frontliner Indonesia khususnya akan berjaya mengharungi segala kesulitan melawan Covid-19.

#kitajagakita
#kitapastimenang

Thursday, May 28, 2020

NON-MUSLIM: LETAK ARAK SAMA DENGAN AKTA NAJIS DADAH.


Foto-Facebook

Surendher Suren:

Kalau bagi hukuman seumur hidup
pun, masalah kes pemandu mabuk
tidak akan selesai sebab kilang arak
masih operasi dan pihak kerajaan
masih memberi lesen pada peniaga
arak. Kita bukan nak akta jpj dikaji
dalam isu kes mabuk.

Kita nak kerajaan wujudkan akta sama seperti akta dadah untuk jualan arak dan
haramkan arak di negara kita.

Jika sesiapa didapati jual arak secara
Curi-curi hukuman sama seperti
hukuman penjual dadah diberi
kepada peniaga arak iaitu hukuman
gantung. 

Barulah isu pemandu mabuk akan selesai. Bagi peminum arak tangkap mereka dan hantar ke pusat pemulihan arak dan dipenjarakan.


Wednesday, May 27, 2020

BARISAN HADAPAN COVID-19 LUAR NEGARA SUDAH PUTUS ASA, RAKYAT MALAYSIA TOLONG AMBIL IKHTIBAR.



Foto-Facebook

Macam mana tidak putus asa apabila pengorbanan mereka seolah-olah langsung tidak dihargai.

Luahan tersebut timbul apabila mereka melihat kebanyakan rakyat sudah mula melupakan penjarakan sosial dan bersikap tidak serius dalam mengawal wabak pandemik Covid-19. 

Bagaimanapun terdapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak termasuk yang menyatakan luahan tersebut tidak sepatutnya dibuat kerana frontliner sudah dibayar gaji untuk berkerja sebagai frontliner.

Tapi bagi aku luahan tersebut lahir daripada kekecewaan kerana sikap rakyat yang seolah-olah tidak mementingkan nyawa sendiri dan orang ramai.

Rakyat Malaysia tolonglah ambil ikhtibar daripada apa yang telah terjadi di sana, jangan patahkan hati frontliner kita.

Friday, May 22, 2020

PKPB: 5 PERINGATAN PENTING DARIPADA KKM SEBELUM BERAYA.

Sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri? Ingat pesanan penting ini. 

1. Ziarah hanya dibenarkan hari raya pertama.

2. Maksimum 20 org tetamu bergantung keluasan rumah (Self-regulation).

3. Hanya ahli keluarga terdekat dari negeri yang sama dibenarkan 

5. Elakkan 3s, amalkan 3W:




Bagi mengelak risiko jangkitan, umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah secara tertutup (homely, close door) untuk melindungi ahli keluarga terutama warga emas dan kanak-kanak. 

Rumah anda adalah tempat paling selamat ketika ini. 

Syawal tetap diraikan tetapi keluarga wajib dilindungi.

Sumber: KKM


Thursday, May 21, 2020

CEPAT DAN SELAMAT:CARA BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA MAYBANK2U.

Membayar Zakat Fitrah adalah menjadi kewajipan bagi muslim lelaki dan perempun yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Namun begitu semenjak dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 senario baru telah melanda dunia. 

Kaedah bayaran Zakat Fitrah juga berubah mengikut normal baru iaitu kaedah bayaran  secara dalam talian. Kaedah itu telah lama diperkenalkan namun kini menjadi pilihan ramai kerana faktor jangkitan Covid-19. 

Difahamkan kaedah yang lama iaitu melalui amil fitrah masih diteruskan dengan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing bagi mengelak jangkitan Covid-19. Antara faktor yang diambil kira dalam SOP itu mungkin mengenai penjarakan sosial 1 meter.

Oleh yang demikian orang ramai adalah digalakkan membayar Zakat Fitrah secara dalam talian bagi memastikan keselamatan pembayar Zakat terjamin dan prosesnya pula sangat cepat.

Berikut adalah tutorial cara membayar Zakat Fitrah menggunakan Maybank2u:


















Namun begitu timbul pula persoalan mengenai Niat dan Hukum membayar Zakat Fitrah secara dalam talian.

Menurut info dari Pusat Zakat, zakat seseorang itu sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.

Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti  SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.

Maka, sahlah zakat tersebut dan hukum berzakat dengan cara itu adalah harus.


Monday, May 18, 2020

SIAPA YANG ADA NIAT NAK CURI-CURI RENTAS NEGERI BALIK KAMPUNG TOLONG BACA PESANAN KKM NI DULU.



Kepada mereka yang merancang untuk 'curi-curi' melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada
KKM (rujuk infografik).

Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga.

Larangan merentas negeri ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua.

Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima.

Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.

Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.

Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.

Sumber: KKM 

Jangan dedahkan ibu bapa anda dengan risiko jangkitan Covid-19.

Apa ertinya dapat meraikan 1 Syawal dengan mereka jika akhirnya mereka dijangkiti wabak maut itu.

Fikirlah kesusahan mereka membesarkan kita janganlah kita balas dengan jangkitan Covid-19.

Mereka pasti faham mengapa anda tidak dapat pulang beraya tahun ini, kerana kita semua ada tugas yang sangat penting iaitu memutuskan rantaian Covid-19.




Friday, May 15, 2020

(VIDEO):KOREA BENARKAN UMMAT ISLAM SOLAT TERAWIH SECARA BERJEMAAH DI MASJID KETIKA DUNIA DILANDA COVID-19.


(Sila tukar kepada paparan web jika mengguna smartphone untuk melihat video)

Perkongsian video tersebut ialah daripada Daud Kim seorang vlogger Muslim yang berasal dari Korea.

Video tersebut berkisar tentang suasana Solat Terawih di negara beliau meskipun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Saya sebenarnya agak terkejut apabila mendapat tahu yang kerajaan Korea membenarkan Ummat Islam disana mendirikan Solat Terawih secara berjemaah.

Seperti yang kita dapat lihat dalam video itu mereka menggunakan pakai SOP khas seperti mengambil butiran nama dan alamat serta jelas kelihatan penjarakan sosial dilaksanakan semasa Solat didirikan.

Ternyata negara Korea memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya dan orang asing yang berada di negara itu.

Jika kita hendak bandingkan Korea dengan Malaysia dalam aspek membenarkan Solat Jemaah pastinya tidak adil kerana Korea pernah berdepan dengan wabak pandemik seperti SARS dan mereka mempunyai pengalaman dan SOP yang sedia ada bagi membolehkan Solat Jemaah didirikan.

Namun berita gembira kepada Ummat Islam di Malaysia kerana semalam telah diumumkan oleh Menteri Agama mengenai SOP Solat Jemaah di Masjid, Surau yang terpilih. Baca (LINK)

Bagi mereka yang mengecam keputusan kerajaan kerana membenarkan Solat Jemaah mungkin mereka tidak tahu bahawa Korea sudah melaksanakannya terlebih dahulu.

Namun begitu semuanya bergantung kepada displin rakyat Malaysia. SOP yang dibuat wajib diikuti seperti mana yang dilakukan Ummat Islam di Korea.

SENARAI SOP BAGI SOLAT JEMAAH DI MASJID, SURAU TERPILIH.

PUTRAJAYA, 14 Mei -Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

 

-Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid 


-Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut 


-Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan 


-Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di  bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid


-Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah  masing- masing ke masjid


-Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang; 


Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat


 

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

 

Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah 


Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat 


Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa


Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang 


Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran 


Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan 


Sumber: BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1841678

KALAU KILANG DAN PASARAYA BOLEH DIBUKA IKUT SOP, MENGAPA MASJID DIBUKA DENGAN SOP KETAT DIKECAM?

Perkongsian daripada FB Firdaus Wong Wai Hung:

Saya tidak faham kenapa segelintir Belum Muslim khususnya berbangsa Cina begitu menyibuk hal ehwal Islam. ! Inikah golongan ultra kiasu yang disebut selama ini?

Jarang sekali melihat orang Islam masuk campur urusan agama mereka. Apa yang mereka nak bakar dan bagaimana mereka sembah dan di mana mereka mahu cucuk dan ketuk, jarang sekali Muslim kutuk dan masuk campur.

Mereka sendiri tidak faham & baca kitab agama sendiri tetapi nak menyibuk hal ehwal orang Islam. 

Suka mengutuk Muslim & Islam tetapi bila nak berbisnes dirayu sana sini dan dipanggil tuan & bos. Sikap ultra kiasu beginilah yang menganggu keharmonian negara. 

Setelah melihat begitu banyak komen negatif, posting tersebut sempat pihak R&D Multiracial Reverted Muslims - MRM membuat screenshot sebelum ianya dipadamkan.








 Sumber fb Firdaus Wong Wai Hung:

https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2746961902081445/

Tidak bolehkah kita hidup hormat menghormati sesama kita walaupun berlainan agama dan kaum.

Sektor ekonomi dan spiritual sama pentingnya kepada keharmonian negara.

Wednesday, May 13, 2020

PERMOHONAN MAAF.

Berikutan salah faham yang terjadi kerana gambar hiasan yang digunakan didalam post yang bertajuk:

"5 SEKELUARGA POSITIF COVID-19 SELEPAS TERIMA TETAMU DI RUMAH."

 disini telah berlaku kekeliruan yang amat tidak disengajakan.

Pihak admin memohon jutaan  kemaafan kepada pemilik gambar tersebut yang dikenali sebagai Mohd. Zairi kerana secara tidak sengaja telah menggunakan gambar beliau dan keluarga sebagai gambar hiasan.

Tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham terhadap beliau dan juga keluarga beliau.

Diharap orang ramai tidak mengaitkan beliau dan keluarga beliau dengan kes positif covid-19 yang sebenarnya berlaku di Indonesia.(link)

Walaupun admin sudah menjelaskan gambar itu sekadar hiasan dan jelas ditulis sebagai 'gambar hiasan' tetapi sikap masyarakat kita yang lebih gemar membaca tajuk berbanding isi post telah menyebabkan berlakunya salah faham yang amat tidak disengajakan.

Apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada admin dan blogger lain agar berhati-hati menggunakan gambar bagi tujuan post.

Sekali lagi admin ingin tegaskan gambar itu tiada kena mengena dengan kejadian yang berlaku di Indonesia ini:

http://www.medanbisnisdaily.com/m/news/online/read/2020/04/25/106605/akibat_menerima_tamu_5_orang_sekeluarga_positif_corona/


Gambar tersebut pada awalnya hanya ingin memberi gambaran suasana ziarah raya kerana sebahagian post menyentuh SOP ziarah raya seperti dilakukan portal dan blog yang lain, tetapi secara tidak sengaja telah menimbulkan salah faham. 

Berikutan dengan itu admin sudah memadam post tersebut untuk mengelakkan salah faham terhadap individu yang berkenaan.

Admin berharap En.Mohd Zairi dapat menerima permohonan maaf ini.

Berikut adalah teks asal post tersebut:

ISI KANDUNGAN POST BERTAJUK “5 SEKELUARGA POSITIF COVID-19 SELEPAS TERIMA TETAMU DI RUMAH”:

Tujuan penulisan ini bukan untuk menakut-nakutkan anda atau menghalang anda daripada melakukan ziarah raya tetapi sekadar memberi pemahaman apakah risiko yang akan anda tempuhi jika melakukan ziarah raya.

Baru-baru ini PM telah mengumumkan bahawa ziarah raya di dalam negeri dibenarkan dengan syarat tidak berkumpul melebihi 20 orang disatu-satu tempat. Keputusan itu pastinya mengundang pelbagai reaksi, ada yang berasa gembira dapat beraya bersama keluarga dan sanak saudara serta ada yang masih takut atau ragu-ragu untuk berkumpul dan menerima tetamu.

Perasaan takut dan risau itu mungkin akan lebih membuak-buak setelah kita mendengar berita tentang apa yang telah berlaku di negara jiran kita di Indonesia.

Apa yang berlaku di Indonesia ialah berita tentang 5 sekeluarga yang dijangkiti Covid-19 akibat menerima tetamu.

Sumber berita disini. 

Link: http://www.medanbisnisdaily.com/m/news/online/read/2020/04/25/106605/akibat_menerima_tamu_5_orang_sekeluarga_positif_corona/ 

Keadaan atau masanya mungkin berbeza kerana mereka bukan melakukan ziarah raya tetapi situasinya lebih kurang sama. Adakah anda masih mahu melakukan ziarah raya dengan menziarahi sanak saudara atau anda hanya akan beraya dirumah bersama keluarga sahaja bagi memastikan rantaian Covid-19 ini benar-benar terputus.

Mengambil contoh di negeri Perak pula, negeri itu sebelum ini masih berada didalam zon hijau tetapi tidak sampai sebulan sudah ada jangkitan baru yang melibatkan pasangan adik-beradik yang mahu kembali bekerja.

Nasib baik mereka berdua menjalani ujian saringan sebelum memasuki tempat kerja, bayangkan jika mereka masuk kerja tanpa menjalani saringan, sudah pasti wujud kluster baru. Kejadian seperti ini yang membuatkan sebahagian daripada kita membuat keputusan untuk tidak melakukan ziarah raya dan hanya beraya di rumah masing-masing.

Pokok pangkalnya tanyalah diri kita sendiri adakah kita mampu mematuhi SOP untuk ziarah raya?

Siapa yang akan memantau penjarakan sosial? 

Siapa yang akan memantau jumlah individu?

Bagaimana pula dengan individu yang positif Covid-19 tetapi tidak bergejala?

Sebelum melakukan ziarah raya atau menerima tetamu mungkin kita semua perlu memikirkan persoalan-persoalan diatas.


PKPB:RASA NAK GUGUR JANTUNG TENGOK GAMBAR IBU BAPA SAKAN BAWA ANAK SHOPPING.





 Foto- Ahmad Naim

Nampaknya tahap kesedaran ibu bapa terhadap jangkitan Covid-19 di Malaysia ni masih ditahap yang menyedihkan.

Entah apa yang difikirkan oleh para ibu bapa itu. Negara kita masih lagi bergelut dengan Covid-19 dan para barisan hadapan masih lagi bertungkus lumus siang dan malam tanpa cukup rehat.

Menteri Pertahan DS Ismail Sabri dalam kenyataan beliau semasa sidang media MKN menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil ke pusat membeli- belah kerana dikhuatiri keadaan yang sesak akan menyumbang kepada jangkitan Covid-19.

Namun apakan daya nafsu mengatasi segala-galanya. Nafsu untuk beraya itu membuatkan segelintir ibu bapa tidak memikirkan risiko yang akan menimpa keluarga mereka.

Sedih, kecewa dan marah itulah perasaan kami apabila melihat ibu bapa yang berfikiran singkat seperti itu.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3204682616243305&id=100001047945107

Tuesday, May 12, 2020

GAMBAR INISIATIF TUAN RUMAH GANTUNG BANNER LARANG ORANG BERAYA DI RUMAHNYA.


Foto-Facebook

Itulah inisiatif seorang pemilik rumah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan memasang banner atau kain rentang yang bertulis 'JANGAN MENGADA-NGADA NAK ZIARAH'.

Mungkin tulisannya nampak kasar tetapi ketahuilah tujuan beliau ialah untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang tujuan asasnya ialah untuk menyelamatkan nyawa.

Rata-rata netizen memuji inisiatif pemilik rumah itu yang dilihat sangat kreatif dan 'straight forward'.

Sebenarnya jika kita ada common sense yang baik kita sendiri tahu yang kita tidak perlu untuk ziarah raya cukuplah kita beraya di rumah dan meluangkan masa dengan keluarga sendiri.

Buat video call ke kampung halaman, bersembanglah dengan ibu bapa dan doakan mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Dan elakkan mendengar lagu 'Dendang Perantau' yer... 

Sumber gambar:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3778028982267512&id=100001813417455


LUAHAN FRONTLINER: 4 RAKAN KAMI PITAM SEBAB TERLALU PANAS MEMAKAI PPE.


Foto-Nurhidayu Ahmad

Tolong lupakan dulu hasrat balik kampung...

Perkongsian Nurhidayu Ahmad:

Ni kejadian ptg td mase intubate patient tro covid kne pakai full ppe...

4 org pitam sbb overheat..terpaksa berbuka walaupon da pkul 5.exhausted..intubated patient bkn amik masa 5 minit tau..

tu tidak termasuk lg cpr kalo pt collapse..bygkan pakai full ppe cpr 1 jam so tlg dgr ckp...jaga diri..lupakan hasrat nk blik kg dlu..

Sumber: Fb Nurhidayu Ahmad

Kalian semua fikirlah, mereka juga ada keluarga, mereka juga rindu ibu dan ayah di kampung halaman.

Kita bernasib baik tidak perlu mengadap kesusahan seperti mereka.

Yang mereka pinta bukanlah duit ataupun harta anda tapi mereka hanya mahu anda patuhi PKP dan jangan ambik risiko dengan pulang ke kampung halaman.

Tahukah anda bagaimana procedure  intubation? 

Prosesnya teramatlah rumit, berikut adalah gambaran prosedur intubasi secara ringkas:

Sejenis peralatan besi bernama laryngoscope yang digunakan untuk
membantu Doktor atau MA/ Nurse yang bertauliah untuk mengenalpasti saluran yang akan dimasukkan terlebih dahulu ke
dalam mulut pesakit bagi membuka ruang pernafasan. 

Kemudiannya akan ada satu tiub yang akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan bahagian bawah ( lower respiratory tract ) iaitu melepasi peti susra (vocal cord). 

Proses itu bukan sekejap tapi mengambil masa berjam-jam dengan pemakaian PPE penuh, cuba bayangkan kesusahan yang mereka lalui.

Tidak hairanlah ada yang tumbang dan pitam kerana faktor berpuasa.

Hargailah pengorbanan mereka jangan pentingkan diri sendiri.


Sunday, May 10, 2020

PAKAR BEDAH MUSLIM BERJAYA BUANG TUMOR GADIS SELEPAS PAKAR BEDAH TERKENAL PERANCIS MENOLAK DISAAT AKHIR.



Perancis - Dr. Hani Bin Talal Al-Jahani, pakar bedah Arab Saudi yang bekerja di sebuah hospital di bandar Colmar di Perancis, berjaya membuang tumor otak seorang gadis asal Kuwait, yang datang ke Paris untuk menjalani operasi pembedahan tersebut.



Foto-Saudigazette.com

Pakar bedah yang berasal dari Arab Saudi itu menawarkan diri untuk melakukan operasi pembedahan itu setelah pakar bedah terkenal Perancis yang sepatutnya melakukan pembedahan itu enggan untuk menjalankan pembedahan itu pada saat-saat terakhir kerana faktor coronavirus.

Sumber:
https://saudigazette.com.sa/article/592862

Syabas dan tahniah buat pakar bedah Muslim itu, beliau telah mengharumkan nama negaranya dan umat Islam.

Sekaligus telah membuktikan kepakaran beliau dalam melakukan pembedahan yang paling sukar.

Saturday, May 9, 2020

300 GELANDANGAN MULA BEKERJA 13 MEI.


Foto-WilayahKu

PUTRAJAYA – Kira-kira 300 gelandangan bakal memulakan kehidupan baharu apabila mereka telah diberikan tawaran pekerjaan bagi fasa pertama bermula pada 13 Mei ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, sebanyak tiga buah syarikat terlibat membuat saringan dan proses temuduga iaitu Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Hartalega NGC Sdn. Bhd. dan Harumi Brands Sdn. Bhd. membabitkan 72 gelandangan lelaki.

“Kira-kira 21 gelandangan telah ditawarkan pekerjaan dan bakal mula bekerja pada 13 Mei ini manakala baki 51 orang akan ditemuduga oleh majikan lain dalam masa terdekat.

“Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan taklimat persediaan kerjaya di tiga Pusat Sementara
Gelandangan (PSG) pada 5 Mei lalu dan sesi sama juga akan diadakan di enam lagi PSG pada minggu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber:
https://www.wilayahku.com.my/300-gelandangan-bakal-bekerja-mulai-13-mei/#.XrVJLS8qRdl.facebook

Siap dengan gaji minima ditambah dengan caruman KWSP dan PERKESO.

Semoga dengan usaha dan pertolongan daripada kerajaan kita terhadap golongan gelandangan ini Allah SWT  akan menghapuskan Covid-19 dari muka bumi Malaysia. 

Dan berkat doa para gelandangan itu semoga ALLAH SWT terus menjaga negara kita supaya terus aman dan terhindar daripada malapetaka serta musibah.

Friday, May 8, 2020

COVID-19: KITA BELUM MENANG TAPI KITA SEDANG MENGHAMPIRI KEMENANGAN.



Data dari laman web antarabangsa yang dikemaskini pada 4 Mei yang lalu menunjukkan bahawa Malaysia masih belum lagi berjaya sepenuhnya mengatasi penularan wabak Covid-19 seperti yang telah berjaya dilakukan oleh negara China dan negara-negara lain.

Namun jika dilihat kepada data tersebut jelas menunjukkan Malaysia antara negara yang hampir menang melawan Covid-19.

Penentu kepada kemenangan melawan Covid-19 ini sebenarnya terletak pada kita setiap rakyat Malaysia. 

Displin kendiri ialah kata kunci kepada jalan kemenangan itu.

Teruskan berdisplin dan Insha Allah kita akan meraikan kemenangan melawan Covid-19 serentak dengan kemenangan berpuasa dibulan Ramadan.

Sumber data:

Thursday, May 7, 2020

RUPANYA BUKAN GAMBAR PALSU ATAU BERITA PALSU.




Foto-Facebook

Gambar dan video penumpang berhimpit himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) semalam cukup ‘menakutkan’ ramai pihak.


Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin terkawal, situasi seperti dalam gambar yang tular di media sosial itu menyebabkan kemarahan netizen dan bimbang kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disalahgunakan.


KTMB dalam satu respon kepada netizen menerusi media sosial bertarikh hari ini mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas apa yang berlaku.


‘Set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihak kami telah gantikan dengan set tren 3 car dan menyebabkan ruang terhad,” katanya menjawab pertanyaan netizen.

Sumber:https://malaysiagazette.com/2020/05/06/gambar-penumpang-berhimpit-dalam-tren-ktmb-menakutkan/


Sah² perbuatan penumpang itu telah melanggar SOP PKP iaitu jarak sosial 1 meter. 

Mana hilangnya kesedaran masing-masing? 

Adakah alasan yang diberi KTMB itu boleh diterima?

Jelas KTMB telah melanggar SOP yang ditetapkan dan seharusnya pihak Kerajaan bertindak tegas dalam soal ini.

Siapa yang mahu bertanggungjawab sekiranya terjadi kes kluster daripada kejadian itu?

Diharap perkara seperti itu tidak berulang lagi.



COVID-19: RAKYAT INDONESIA PUJI RAKYAT MALAYSIA SANGAT BERDISPLIN IKUT PKP.


Foto-Iluminasi

Perkongsian Yuhanis Azam:

Semalam saya saja 'berjalan' di media sosial jiran kita, Indonesia. Niat nak cari info Covid19 di negara tersebut.

Lain dicari, lain pula yang saya jumpa. Rata-rata media di sana mengeluarkan berita " Malaysia longgarkan lockdown bermula 4 Mei"..

Bukan hanya satu, hampir majoriti page berita dari sana mengeluarkan tajuk yang hampir sama.

Saya sengaja membelek satu persatu komen-komen rakyat Indonesia. MasyaAllah, rata-rata mereka memuji kita, rakyat Malaysia.

Mereka katakan kita adalah rakyat yang berdisplin, sebab itu wabak di negara kita mampu dikawal.

Mereka mengatakan kita adalah rakyat yang patuh pada pemerintah.

Mereka kata pemimpin kita bijak membuat perancangan, dan juga turut sama membantu rakyat di setiap lapisan, walaupun kepada mereka yang tidak terkesan.

Setiap barisan hadapan Kita, daripada seorang tukang cuci hingga kepada petugas kesihatan sangat displin dan teliti.

Mereka kata kita semua berani untuk lockdown, dan kini kita sedang menikmati hasilnya.

Saya letakkan disini, komen-komen mereka, yang saya tidak ubah langsung struktur ayat mereka :

" Rakyat Malaysia patuh pada arahan pemerintah, tidak ngenyel"

"Saya liat sampai plosok kampung dikasih sumbangan walaupun gak terdampak"

"Mulai dr cleaning service hingga tenaga medis semuanya disiplin waktu dan sangat teliti dlm tupoksi mereka."

"Kebijakan Malaysia PKP cicilan 6 bulan di tangguhkan benar benar jadi rakyatnya lebih siap."

"Keren Malaysia, berani lockdown dan kelihatan hasil nya"

"Memang gak jauh beda sama kita...cuma kedisiplinan masyarakat disana lebih bagus"

"Di Malaysia sudah makin membaik. Kasus baru setiap hari semakin sedikit dan kebanyakan tempat sudah tak ada kasus.
Beberapa sektor ekonomi mulai beroperasi 4 mei, tapi tak semua."

Kawan-kawan, orang luar memandang tinggi pada kita, memuji kita, tapi kenapa kita sendiri suka berkata yang bukan-bukan?

Lebih baik kita buktikan, kita adalah masyarakat yang kuat, yang berdisplin seperti apa yang mereka katakan.

Kita usaha sama-sama agar kita dapat bebas dari wabak ini.

Moga dalam masa terdekat ini, kita bebas dari wabak dan bebas dari terus berkurung di negara tercinta ini.

Jangan lupa doakan juga saudara-saudara kita di Indonesia. Moga mereka juga akan bebas dari wabak ini dalam masa terdekat.

Kita mesti menang!

Artikel saya tentang rakyat negara lain yang memuji Malaysia :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4393753623983821&id=100000476800791

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4491145660911283&id=100000476800791

Wednesday, May 6, 2020

BOLEHKAH BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA JIKA TIDAK RENTAS NEGERI SEMASA PKPB? INI JAWAPANNYA:



Adakah anda sudah jelas? Tidak dibenarkan balik beraya di kampung walaupun kampung anda terletak didalam negeri yang sama.

Hanya kes kecemasan seperti kematian atau sakit yang dibenarkan untuk balik ke kampung halaman.

Bagi tujuan kerja yang perlu merentas negeri  pula surat kebenaran rentas negeri diperlukan.

Namun mungkinkah akan ada perubahan yang akan diumumkan MKN disaat akhir kita hendak menyambut Aidilfitri nanti?

Mungkin ya dan mungkin tidak semua tertakluk kepada hasil perbincangan MKN bersama KKM.

Setakat ini muktamad tidak dibenarkan balik beraya dikampung kecuali anda sememangnya menetap di kampung halaman. (Untunglah)

Berikut adalah rakaman perbualan telefon saya dengan kakitangan MKN Perak mengenai situasi tersebut:




Tuesday, May 5, 2020

PKP JADIKAN RAKYAT MALAYSIA SANGAT KREATIF.

Foto- Puspa Wangi


Usaha dan tawakal tangga kejayaan. Tidak sesekali mengalah dengan keadaan bahkan beliau manfaatkan apa sahaja yang boleh menghasil rezeki yang halal.

Dengan meletakan bakul ditempat duduk belakang motosikal dengan tulisan "Siakap Bakar/ Nak?? Hon Ja" brader ni sudah viral seluruh Malaysia

Tahniah anda salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang kreatif.

Kalau jumpa brader ni sokonglah beliau yer.




Sunday, May 3, 2020

GUNA GAMBAR BERUK PASSPORT PALSU PUN BOLEH MASUK MALAYSIA SECARA SAH.




Ini bukan  troll atau jenaka tetapi sesuatu yang bakal mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. 

Ikuti pendedahan wartawan ini:

GUANGZHOU (China): Kemudahan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal, sebagaimana yang diuar-uarkan.

Sebaliknya, kemudahan itu dikesan sekadar menyalurkan wang secara mudah kepada sebuah syarikat yang diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menguruskannya pada 2016 sehingga sekarang. 

Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang diberi akses penuh untuk mengeluarkan eNTRI didapati membolot semua hasil kutipan fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun menjadi hasil kerajaan. 

Malah, urusan permohonan eNTRI secara dalam talian dilakukan sambil lewa dengan kelulusan dalam masa cuma lima minit dan aspek keselamatan negara nyata diabaikan apabila individu yang disenarai hitam serta ada rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini. 

Ketirisan itu terbongkar hasil maklumat yang disalurkan kepada Harian Metro oleh sumber boleh dipercayai dan wartawan akhbar ini datang ke sini selama beberapa hari untuk memperoleh maklumat lebih terperinci. 

Untuk rekod, eNTRI adalah kemudahan pendaftaran atas talian disediakan kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warga China yang tinggal di Tanah Besar China ke Malaysia di bawah Program Pengecualian Visa. 

Untuk memiliki eNTRI pelancong China perlu membayar wang pemprosesan atau fi sebanyak RMB160 (RM100) bagi setiap permohonan yang hanya boleh dibuat melalui laman web  www.windowmalaysia.my

Sejak eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, UKSB sudah mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang.
Difahamkan, UKSB juga melantik 20 ejen di seluruh China bagi menguruskan sistem permohonan eNTRI. 

BERUK GUNA PASSPORT PALSU PUN BOLEH MASUK MALAYSIA. 

Bagi membuktikan ketirisan dan kelemahan sistem ini, wartawan Harian Metro membuat permohonan eNTRI dengan menyertakan foto seekor beruk, nombor tiket palsu dan alamat sebuah agensi pihak berkuasa di Malaysia. 

Dengan bantuan ejen pelancongan, satu pasport palsu turut digunakan dan permohonan itu diluluskan kurang dari lima minit sebaik fi dibayar. 

Ini menunjukkan begitu mudah borang kemasukan atau tapisan awal itu diberi tanpa mengambil kira foto, alamat dan tujuan lawatan. 

“Sesiapa sahaja boleh memohon eNTRI ke Malaysia melalui Internet. Mereka hanya perlu melayari laman web khas untuk mengisi data peribadi dan dokumen perjalanan lain yang dikehendaki sebelum membuat bayaran. Kelulusan antara lima hingga 10 minit. Kadang-kala, (kelulusan) tidak lebih lima minit selepas membuat bayaran,” katanya.

Raymond menegaskan, disebabkan kewujudan eNTRI itu berlakunya penipuan oleh individu tertentu termasuklah mereka yang disenarai hitamkan.

“Kamu bayangkan, mereka yang disenarai hitam kerana diusir dari Malaysia membuat pasport baharu dan melakukan permohonan melalui eNTRI. Sediakan sahaja dokumen perjalanan seperti tiket, malah tiket penerbangan palsu, pasti akan lulus,” katanya.

Raymond turut memberikan salinan surat pekeliling dikeluarkan JIM mengenai lantikan syarikat berkenaan.

Bagi memastikan kesahihan dakwaan Raymond, wartawan memintanya membantu membuktikan kelemahan sistem eNTRI itu dengan melakukan permohonan bagi seorang warga China yang disenarai hitam.

Selepas langkah itu diikuti, dengan bantuan Raymond, wartawan berjaya memperoleh eNTRI selepas memuat naik imej pasport dan gambar terkini seorang warga China yang namanya sudah disenarai hitam untuk memasuki Malaysia.

Raymond mendakwa, kelemahan sistem berkenaan menyebabkan ramai wanita China yang terbabit dengan sindiket pelacuran dan disenarai hitam boleh masuk semula ke Malaysia.

Caranya, membuat pasport baharu selepas diusir keluar dari Malaysia dan mendaftar melalui eNTRI untuk masuk semula.

Selanjutnya disini

Saturday, May 2, 2020

SEJARAH: 10 JUTA NYAWA TERKORBAN AKIBAT BOSAN DENGAN KUARANTIN DAN JARAK SOSIAL.



Belajarlah daripada sejarah

Ini sejarah! 

Keputusan kelonggaran pergerakan terbaru ini atas terdesakan ekonomi yang dikini dalam keadaan parah. 

Saya bimbang dengan keputusan ini.
Jika kita mengkaji sejarah, biasanya fasa kedua akan mengundang masalah lebih tinggi berbanding dengan fasa pertama. 

Kelonggaran seharusnya bermula dari negeri-negeri yang diiktiraf Zon Hijau dulu. Manakala Zon kuning dalam pengawasan berperingkat manakala Zon Merah harus diberi perhatian serious. 

Dengan kelonggaran secara keseluruhan akan mengakibatkan penyebaran Covid 19 pantas dan barangkali mungkin kita akan diminta #STAYHOME sekali lagi. 

Lihatlah sendiri situasi di Singapura, Jepun dan di Hong Kong sekarang.  Kelonggaran secara terbuka telah merekotkan jumlah mangsa covid 19 naik. 


Selama 2 bulan frontliners sedang bekerja siang malam tanpa cuti hanya untuk memastikan keselamatan kita semua.
Jangan hampakan usaha murni mereka.