Tuesday, April 14, 2020

SHEILA SANDHU SI PALATAO



Foto-Facebook


Hello Sheila Sandhu and friends, 

'Tudung' itu adalah tudung PPE untuk staff hospital berkerja dalam musim Covid19, tak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira anda Islam, atau bukan Islam, anda masih akan kena guna 'tudung' itu. 

Semua staff kesihatan yang bertugas dan ada kontak dengan COVID19 perlu guna 'tudung' ini untuk keselamatan mereka, pemakaian tudung ini adalah bertujuan untuk menghalang rambut staff kesihatan dari terdedah sebagai langkah keselamatan dalam menguruskan pesakit COVID-19. 

Fikirlah sikit, 

Takkan kalau petugas kesihatan sebut 'gown', you ingat gown ada labuci labuci, renda pulak kan? 

Takkan kslsu petugas kesihatan sebut 'apron', you ingat apron macam yang chef memasak tu pakai pulak kan? 

Logiklah sikit kot ye pun. 

Saya tak sampai hati nak letak screenshot komen-komen biadap, rasis dan Islamophobic di situ. 

Cuma saya nak ingatkan, kita semua dalam waktu yang genting dan sukar ni.. 

Tolong la jangan mainkan sentimen perkauman dan kebencian keagamaan dikala ada orang lain sedang berjuang bertungkus-lumus, bergadai nyawa untuk keselamatan kita semua. 

Sekian. 

P/s:
Saya minta kita yang Muslim ni jaga tutur kata. Mana yang tidak faham kita terangkan secara baik. 

Kita dan mereka juga sama manusia biasa yang tak lari dari berbuat salah. Sebarkan kasih sayang melalui tutur kata yang baik. Islam tak ajar kita membalas kejahatan dengan kejahatan. 

Jadikan kisah Rasulullah menyantuni pengemis miskin yang menghina dan memfitnah beliau tetapi Rasulullah tetap menyantuni si pengemis buta dgn baik sehingga lah beliau wafat dan pengemis itu masuk islam kerana keindahan akhlak Rasulullah.. 

Kalau geram tak tahan sangat, boleh ramai-ramai buat aduan kepada SKMM,  https://aduan.skmm.gov.my/ , screenshot pun dah bersepah kat FB. 

Kredit- Khairul Azri

Engkau kalau tak tahu apa janganlah buat palatao, kan dah malu satu Malaysia.

Palatao = Definisi buat palatau atau palatao( Palataoism , Palataologist ) adalah buat kepala tahu. Bermakna buat pandai dalam semua perkara .

1 comment:

dingdong said...

Sbb salah faham, dia dh minta maaf. Sama macam kes timbalan ketua wanita hentam timbalan menteri dari parti syurga. Bezanya,satu terus dikecam manakala satu diberi bintang jiwa besar. Persamaan adil dan ikhlas ada satu,iaitu sukar.