Monday, April 6, 2020

INILAH MANUSIA PALING POPULAR DI MALAYSIA SEKARANG.



BELIAU bukanlah penyanyi terkenal, beliau juga bukanlah bintang ternama, namun tiada siapa dapat menafikan beliau ialah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini.

Sejak lebih empat minggu lalu, wajah figura ini hampir saban hari menghiasi kaca televisyen, muka depan dada akhbar, malah meniti di bibir rakyat Malaysia.

Kemunculannya amat dinanti ramai, malah akaun media sosialnya diserbu ratusan ribu pengikut. Setakat semalam laman Facebooknya sahaja sudah memiliki lebih 375,122 orang pengikut.

Bagaimanapun, ternyata bukan populariti yang dicari oleh pemilik wajah yang tenang ini. Di atas bahunya kini terpikul beban, ibarat batu besar yang sangat berat. - Sinar Harian

No comments: